ANALISIS ITEM DAN INTERPRESTASI DATA

UKURAN KECENDERUNGAN MEMUSAT MIN, MOD, MEDIAN

Median pula merujuk skor di tengah apabila bilangan skor adalah ganjil atau purata kedua-dua skor di tengah apabila bilangan skor adalah genap

Sisihan piawai ialah ukuran yang berkaitan dengan sebaran satu set skor.

Mod merujuk kepada skor yang paling kerap daripada satu set skor

PERWAKILAN GRAF

POLIGON

HISTROGRAM

LENGKUNGAN KEKERAPAN LONGGOKAN ( OGIF )

Digunakan untuk menganggarkan titik persentil dan pangkat persentil.

Maklumat yang diperoleh daripada ogif ialah anggaran bilangan murid yang mendapat markah kurang daripada sesuatu skor dan anggaran markah lulus jika diberikan bilangan murid yang gagal.

STATISTIK ASAS

Cara untuk memproses skor mentah menggunakan penyusunan skor, skor terkumpul, jadual kekerapan, graf seperti ogif dan histogram serta pangkat persentil.

Konsep ukuran kecenderungan memusat serta mengira tiga jenis ukuran tersebut, iaitu min, mod dan median.

GRAF NORMAL

Jika skor murid bertaburan normal, graf normal adalah berbentuk lengkung seperti loceng.

Semakin jauh skor daripada min, semakin kurang bilangan murid yang memperoleh skor tersebut. Jika pencapaian murid bertaburan normal, nilai min, median dan mod adalah sama.

PELAPORAN DATA PENTAKSIRAN

Pelaporan data pentaksiran bermaksud penyampaian maklumat pentaksiran tentang pencapaian dan perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap.

Tujuan pelaporan data pentaksiran: Memaklumkan pencapaian murid, memaklumkan kekuatan dan kelemahan murid, mengenalpasti kekurangan bahan sokongan untuk aktiviti pembelajaran

PENYUSUNAN SKOR MENGIKUT TERTIB

susunan menaik (kecil ke besar)

susunan menurun (besar ke kecil)

ANALISIS ITEM

tiga tahap analisis bagi item objektif aneka pilihan

indeks kesukaran item

indeks diskriminasi item

analisis distraktor

Terdapat tiga jenis distraktor bermasalah yang utama, iaitu distraktor yang tidak berfungsi, distraktor yang tidak dapat mendiskriminasi atau membezakan antara murid kumpulan berpencapaian tinggi dengan murid berpencapaian rendah, distraktor yang mana lebih ramai murid berpencapaian tinggi memilih distraktor itu berbanding dengan murid berpencapaian rendah.

Kesukaran sesuatu item, p, didefinisikan sebagai kadaran murid yang dapat menjawab item itu dengan betul. Nilai p terletak antara 0 dan 1.

Sebaran yang baik bagi keputusan ujian dapat diperoleh jika indeks kesukaran, p, berada dalam julat 0.20 hingga 0.80, dengan min antara 0.50 hingga 0.60.

Ciri diskriminasi sesuatu item didefinisikan sebagai keupayaan item itu membezakan antara murid yang berpencapaian tinggi dengan murid dengan murid berpencapaian rendah

Indeks diskriminasi, d bagi sesuatu item merupakan kadaran murid berpencapaian tinggi yang mendapat item itu dengan betul menolak kadaran murid berpencapaian rendah yang mendapat item itu dengan betul. Nilai d terletak antara –1 dan 1.

RA merujuk bilangan murid yang mendapat jawapan betul bagi sesuatu item daripada kalangan murid berpencapaian tinggi,

RB pula merujuk bilangan murid yang mendapat jawapan betul bagi sesuatu item daripada kalangan murid berpencapaian rendah,