Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bab 3: Pembangunan Kompetensi - Coggle Diagram
Bab 3: Pembangunan Kompetensi
Pengenalan
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 berkenaan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam
Setiap anggota perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri dengan sikap, kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan.
KPM membangunkan laluan kerjaya baharu melalui :
Pembinaan deskripsi tugas,
Kompetensi,
Standard prestasi dan Penilaian Bersepadu PPP (PBPPP),
Kenaikan gred
Pertukaran laluan untuk digunakan sebagai kerangka rujukan dalam menentukan PPB
Domain Utama Pembangunan Profesionalisme
Deskripsi Tugas
menerangkan peranan dan tugas PPP mengikut gred yang disandang
Kompetensi
dibangunkan berteraskan kepada pengetahuan, kemahiran dan nilai profesional keguruan
Standard Prestasi
satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan prestasi
Penilaian Bersepadu
satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan prestasi
Kenaikan Gred dan Pertukaran Laluan
tertakluk kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan
3.1 Deskripsi Tugas
Penyataan bertulis yang menerangkan tugas dan tanggungjawab berdasarkan bidang keberhasilan utama jawatan yang disandang oleh PPP mengikut gred.
Peranan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Mengikut Gred dan Pembangunan Berasaskan Pertumbuhan (Khair, 2007) yang menerangkan peranan, tugas dan tanggungjawab PPP bermula daripada gred DG41 hingga Gred Khas.
Pelaksana (DG41)
memahami dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penyeliaan dan bimbingan
Penggerak (DG44)
sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penyeliaan dan bimbingan yang minimum serta mampu menyelesaikan masalah
Pembimbing dan Mentor (DG48)
berpengalaman luas, mampu menyelia dan membimbing serta berkebolehan melakukan educated guess masalah organisasi yang mungkin timbul dan melaksanakan langkah pencegahan
Penaraju Perubahan (DG52)
menjadi pakar rujuk, mentor dan pembimbing serta berkebolehan merancang dan melaksanakan penambaikan berterusan dalam bidang-bidang tertentu
Pemikir Strategik (DG54)
memiliki kepakaran khusus dan berkebolehan mengurus perubahan secara cekap dan berkesan
Pemikir Holistik (Gred Khas)
memiliki pelbagai kepakaran dan berkebolehan menjadi pakar ruju dalam merangka strategi yang komprehensif dan melaksanakan latihan yang tepat untuk memastikan kejayaan sesebuah organisasi
3.2 Kompetensi
Kompetensi
-merujuk keupayaan seseorang menguasai dan membudayakan pengetahuan, kemahiran dan nilai profesional bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan berkesan.
Prinsip Asas Kompetensi
-Peningkatan prestasi kerja seseorang PPP yang menguasai kompetensi yang diperlukan bagi melaksanakan peranan dan tanggungjawab dengan efisien berdasarkan tugas dan tempat bertugas (job-based and workplace)
3.3 Standard Prestasi
Standard Prestasi
-Dokumen piawai keberhasilan, kompetensi teras dan profesional yang perlu dicapai oleh PPP berdasarkan deskripsi tugas dan penanda aras yang ditetapkan.
3 standard prestasi telah dibangunkan untuk 3 laluan kerjaya PPP:
i. Standard Prestasi PPP untuk laluan PdP bagi guru dan pensyarah
ii. Standard Prestasi PPP untuk laluan Kepimpinan bagi pemimpin pendidikan di Bahagian, JPN, PPD, sekolah dan institusi pendidikan
iii. Standard Prestasi PPP untuk laluan Kepakaran Pendidikan bagi Pakar Bidang Khusus Pendidikan.
3.4 Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
Matlamat PBPPP
Matlamat PBPPP adalah untuk menilai PPP secara menyeluruh dengan menggabungjalinkan kompetensi, potensi dan keberhasilan untuk meningkatkan kecekapan dan komitmen bagi melahirkan PPP yang berprestasi tinggi.
Konsep Asas PBPPP
untuk menilai kompetensi dan potensi serta keberhasilan PPP.
3 komponen utama dalam penilaian kompetensi dan potensi
Generik
Fungsional
Keberhasilan