Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bab 2: Peta Laluan Latihan - Coggle Diagram
Bab 2: Peta Laluan Latihan
Pengenalan
Peta laluan latihan adalah penting disediakan sebagai sumber rujukan bagi PPP merancang pembangunan diri dan meningkatkan kompetensi.
Tujuan Strategi Pembangunan Profesionalisme
Membangunkan tahap keilmuan dan kepakaran PPP melalui peningkatan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran dalam bidang PdP, kepimpinan dan pentadbiran, serta kepakaran bidang khusus pendidikan;
Mendorong dan mengekalkan minat serta komitmen PPP dalam profesion keguruan dengan memberikan dorongan dan peluang seluas-luasnya kepada mereka untuk membangunkan tahap profesionalisme;
Menyediakan ruang kepada PPP merancang kemajuan kendiri mengikut laluan kerjaya baharu.
KPM menyediakan program pembangunan PPP melalui tiga strategi
Penerokaan bakat disasarkan kepada PPP yang berkhidmat kurang dari lima tahun dan berprestasi cemerlang. Kandungan utama program ini merangkumi dasar pendidikan, penyelidikan asas, kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Pendekatan utama pelaksanaan program ini adalah berasaskan tempat kerja atau berasaskan sekolah
Pengekalan bakat disasarkan kepada PPP yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun. Program pembangunan profesionalisme disediakan untuk mengembangkan kepakaran bagi membolehkan PPP memilih laluan kerjaya yang bersesuaian.
Pengukuhan bakat untuk PPP yang telah dikenal pasti sebagai pelapis pemimpin KPM daripada kalangan pemimpin atasan KPM, JPN, PPD, sekolah dan institusi pendidikan
Peta Laluan Latihan (Training Road Map)
PPP WAJIB mengikuti PPB Keperluan Dasar/ Khusus agar seiring dengan perubahan semasa pendidikan kebangsaan.
PPB Pembangunan Kompetensi melibatkan program atau aktiviti PPB yang perlu diikuti secara berterusan untuk meningkatkan kompetensi PPP yang berkaitan bidang tugas.
Bagi meningkatkan kepakaran, PPP digalakkan mengikuti PPB Elektif berkaitan bidang tugas.
PPB Pelengkap merupakan program eksklusif yang ditawarkan kepada PPP berprestasi tertinggi untuk semua laluan kerjaya. Penerangan terperinci bagi setiap kategori PPB adalah seperti Jadual 2.1.
Rumusan
Beberapa langkah yang perlu dilaksanakan oleh PPP; antara nya:
i) Membuat Analisis SWOT - memilih laluan kerjaya
ii) Refleksi yang kritikal - menentukan pembangunan profesionalisme dan laluan kerjaya mengikut kecenderungan diri
iii) Kebijaksanaan merancang - menentukan pembangunan kerjaya berdasarkan potensi kendiri
iv) Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran sejajar dengan cabaran tugas dan sentiasa bersedia menerima sebarang bentuk perubahan.