Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENGGOLONGAN AYAT, PERBANDINGAN AYAT DASAR DENGAN AYAT TUNGGAL - Coggle…
PENGGOLONGAN AYAT
JENIS AYAT
Ayat Tanya
- Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
-Boleh terdiri daripada ayat tanya tanpa kata tanya dan sebaliknya.
Contohnya:
- Bayi itu masih menyusu? (Ayat tanya tanpa kata tanya)
- Apakah pekerjaan bapa Yasir? ( Ayat tanya dengan kata tanya)
Ayat Penyata
- Ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk membuat sesuatu pernyataan atau memberikan keterangan tentang sesuatu
-Contohnya:
- Abang saya juruterbang.
- Bunga ros itu harum
Ayat Seruan
- Ayat yang diucapkan untuk melahirkan perasaan terhadap sesuatu.
- Diakhiri dengan tanda seru
Contohnya:
- Syabas, kamu berjaya!
- Ayahku!
Ayat Perintah
- Ayat yang digunakan untuk menimbulkan tindakan atau gerak balas tertentu daripada pendengar.
Contohnya:
- Duduk di situ! (Ayat suruhan)
- Jangan bercakap. (Ayat larangan)
- Sila beratur. (Ayat silaan)
- Minta bertenang (Ayat permintaan)
- Mari minum. (Ayat ajakan)
GOLONGAN AYAT
AYAT DASAR
- Ayat yang daripadanya dapat diterbitkan ayat yang lain. Semua ayat sama ada panjang, pendek, songsang atau tidak, majmuk atau tunggal dapat dikembalikan kepada bentuk asalnya.
- Pola-pola ayat dasar ditentukan berdasarkan frasa yang mengisi konstituen predikat.
- Ayat dasar terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
- FN+FN = Aziz pelajar universiti.
- FN+FK = Rokiah menanak nasi.
- FN+FA = Jutawan itu baik hati.
- FN+FS = Ibu saya di dapur.
AYAT TERBITAN
- Ayat yang terbentuk apabila beberapa unsur, sama ada perkataan ataupun frasa ditambah pada frasa subjek atau frasa predikat sesuatu ayat dasar.
- Ayat terbitan berasal daripada ayat dasar tetapi bentuknya berubah.
- Aziz/ bukan pelajar universiti. (Ayat nafi)
- Nasi/ ditanak oleh Rokiah. (Ayat pasif)
- Jutawan itu/ baik hati? (Ayat tanya)
- Ibu saya/ di dapur untuk menyediakan sarapan. (Ayat majmuk)
BENTUK AYAT
AYAT TUNGGAL
- Mempunyai satu klausa sahaja iaitu satu
konstituen subjek dan satu konstituen predikat.
- Orang itu doktor.
- Murid-murid sekolah
- Rumah itu sungguh besar
- Pokok pinang di belakang rumah
saya tumbang pagi tadi
AYAT MAJMUK
- Ayat yang mengandungi dua klausa atau lebih.
- Dibina dengan menggabungkan dua ayat tunggal atau lebih mengikut cara tertentu.
- Bapa sedang membaca akhbar dan ibu
sedang menjahit baju.
- Bapa sedang membaca akhbar.
- Ibu sedang menjahit baju.
SUSUNAN KONSTITUEN AYAT
SUSUNAN BIASA
- Ayat yang unsur subjeknya mendahului unsur predikat.
Contohnya:
- Kucing mengejar tikus itu.
- Lelaki itu berniaga sepanjang hari.
SUSUNAN SONGSANG
- Ayat yang tidak mengikut susunan biasa, iaitu susunan subjek-predikat.
- Unsur-unsur konstituen predikat yang biasanya mengikuti subjek dipindahkan ke depan subjek
Contohnya:
- Bertudung hitam / gadis itu. (Pendepanan seluruh predikat)
- Sepanjang hari dia / mengelamun sahaja. (Pendepanan sebahagian daripada predikat)
RAGAM AYAT
-
Ayat pasif
Ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan
- Abang membeli kereta baharu. (ayat aktif)
- Kereta baharu dibeli oleh abang. (ayat pasif)
-
-