Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Penghayatan Sunnah Rasulullah SAW - Coggle Diagram
Penghayatan Sunnah Rasulullah SAW
Kehidupan Berkeluarga
Hadis 6
Menceritakan tentang Rasulullah SAW mahir dalam menangani isu rumah tangga dalam konteks berpoligami
Sebagai contohnya, apabila Aisyah iaitu isteri nabi menyatakan sikap cemburunya terhadap Siti Khadijah yang selalu disebut oleh nabi dan telah dijanjikan rumah di syurga oleh Allah SWT.
Hadis 7
Menceritakan tentang Rasulullah SAW bersikap adil dalam memperuntukkan keperluan harian untuk isteri-isterinya
Sebagai contohnya, nabi SAW telah mengupah penduduk di Khaibar untuk mengerjakan ladangnya untuk diberikan pemakanan yang lengkap dan sempurna kepada isteri-isterinya.
Kehidupan Peribadi
Hadis 2
Rasulullah SAW mengamalkan solat sunat sebelum subuh sebanyak dua rakaat
Baginda juga mengamalkan pembacaan surah yang pendek agar mudah diamalkan oleh umatnya yang lain.
Hadis 3
Menceritakan tentang sahabat nabi yang menjauhkan perkara yang dilarang oleh nabi
Nabi melarang umatnya untuk meminum air daripada gelas yang diperbuat daripada perak dan emas, serta memakai sutera.
Hal ini kerana dapat menimbulkan perasaan bangga dalam diri seseorang. Hal ini dikatakan kerana perkara-perkara tersebut hanya mampu dimiliki oleh orang-orang bangsawan.
Sebagai contohnya, sahabat nabi dikatakan mencampak air yang dihidangkan kepadanya kerana dihidang dalam gelas yang diperbuat daripada perak.
Hadis 4
Nabi mengamalkan gaya pemakanan hidup yang sihat.
Nabi dikatakan mengamalkan air nabeez iaitu air rendaman kurma
Air Nabeez dapat membekalkan tenaga kepada seseorang
Diamalkan sebanyak dua kali sehari
Hadis 5
Dikehendaki untuk mencari seorang pemimpin yang mampu untuk solat di belakang rakyatnya.
Hal ini bermaksud, untuk mencari seorang pemimpin yang tidak sombong atau ego kepada rakyatnya.
Hendaklah juga dicari pemimpin yang boleh menjadi imam kepada rakyatnya dalam solat.
Diharuskan juga untuk mengutamakan pemimpin yang takut kepada Allah.
Berdakwah
Hadis 1
Menggambarkan Rasulullah SAW seseorang yang tenang dan baik
Sebagai contohnya, apabila pihak Arab Badwi telah merentap selimut yang berada pada Rasulullah, sehingga mendatangkan kesan merah pada lehernya, Rasulullah hanya tersenyum walaupun menahan sakit.
Ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW bukan seseorang yang membalas kembali perbuatan yang tidak baik yang telah dilakukan ke atasnya.
Bernegara
Hadis 8
Menceritakan tentang melantik seseorang untuk jawatan penting melalui cara yang adil
Melakukan pemilihan jawatan melalui temuduga
Melantik seseorang yang amanah dan bijak dalam membuat keputusan