Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Penggolongan Ayat, Perbandingan Ayat Dasar dan Ayat Tunggal - Coggle…
Penggolongan Ayat
Jenis Ayat
Ayat Penyata
Diucapkan dengan tujuan untuk membuat sesuatu penyataan atau memberikan keterangan tentang sesuatu.
Ayat Tanya
Digunakan untuk menanyakan sesuatu hal
Boleh terdiri daripada ayat tanya tanpa kata tanya atau ayat tanya dengan kata tanya.
Ayat Perintah
Digunakan untuk menimbulkan tindakan atau gerak balas tertentu daripada pendengar.
Boleh terdiri daripada ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan, ayat permintaan dan ayat ajakan.
Ayat Seruan
Diucapkan untuk melahirkan perasaan terhadap sesuatu
Dalam tulisan, ayat seruan diakhiri dengan tanda seru (!)
Golongan Ayat
Ayat Dasar
Ayat yang dapat diterbitkan daripadanya ayat lain.
Pola-pola ayat dasar ditentukan berdasarkan frasa yang mengisi konstituen predikat.
Pola 1: FN+FN
Pola 2: FN+FK
Pola 3: FN+FA
Pola 4: FN+FS
Terdiri daripada satu objek dan predikat
Ciri-ciri Ayat Dasar
Mengandungi satu klausa
Terbina dalam susunan biasa
Merupakan ayat penyata
Merupakan ayat aktif
Berpotensi untuk diperluas
Ayat Terbitan
Terbentuk apabila beberapa unsur, sama ada perkataan ataupun frasa ditambah pada frasa subjek atau frasa predikat pada sesuatu ayat dasar.
Sebahagian besarnya berasal daripada ayat dasar tetapi bentuknya berubah atau maknanya berubah.
Bentuk Ayat
Ayat Tunggal
Terdiri daripada satu klausa sahaja
Binaan ayat menyerupai binaan ayat dasar, iaitu mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat
Boleh terdiri daripada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan, ayat aktif, ayat pasif, ayat songsang, atau ayat nafi, asalkan ayat itu mengandungi satu klausa sahaja.
Ayat Majmuk
Terdiri daripada dua atau lebih klausa
Dibina dengan menggabungkan dua ayat tunggal atau lebih, dan penggabungan ayat-ayat itu dilakukan mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.
Susunan Konstituen Ayat
Susunan Biasa
Unsur subjeknya mendahului unsur predikat (S+P)
Bahagian yang menjadi subjek itu merupakan bahagian yang diterangkan, manakala bahagian predikat pula ialah bahagian yang menerangkan subjek tersebut.
Susunan Songsang
Merupakan ayat yang tidak mengikut susunan biasa, iaitu susunan subjek-predikat.
Unsur-unsur dalam konstituen predikat yang biasanya mengikuti subjek dipindahkan ke depan subjek bagi susunan songsang.
Pendepanan predikat boleh melibatkan seluruh predikat atau sebahagian daripada predikat.
Ragam Ayat
Ayat Aktif
Ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul.
Terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.
Ayat Pasif
Mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
Objek dalam ayat aktif akan menjadi subjek dalam ayat pasif.
Perbandingan Ayat Dasar dan Ayat Tunggal
Persamaan
Kedua-duanya mengandungi satu klausa sahaja
Kedua-duanya mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat
Kedua-duanya merupakan ayat penyata
Perbezaan
Ayat dasar terbina dalam susunan biasa, iaitu subjek-predikat. Ayat tunggal boleh dibina dalam susunan biasa dan susunan songsang, iaitu predikat-subjek.
Ayat dasar hanya boleh terdiri daripada ayat penyata, manakala ayat tunggal boleh daripada ayat penyata atau ayat jenis lain.
Ayat dasar terdiri daripada ayat aktif sahaja, manakala ayat tunggal boleh terdiri daripada ayat aktif atau ayat pasif.
Ayat dasar mesti terdiri daripada klausa lengkap, sebaliknya ayat tunggal boleh terdiri daripada klausa lengkap atau klausa tak lengkap.
Subjek ayat dasar terdiri daripada frasa nama, tetapi subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada kata kerja atau kata adjektif.