isu-isu pendidikan masa kini di Malaysia dan dunia.

ISU 1 : Terlalu mengejar status sekolah berprestasi tinggi

Pemimpin hanya memikir untuk mencapai "Ranking" ke berapa yang mereka telah capai tanpa memikirkan kepenatan guru dan pelajar.

Pemimpin terlalu mengejar Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA sehingga kebajikan guru guru diabaikan

Pemimpim sesebuah sekolah itu tidak bersama -sama kearah mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

ISU 2 : Tekanan kerja faktor penjawat awam bersara awal

Guru dahulu hanya perlu mendidik dan mengajar tetapi berbeza dengan guru sekarang yang perlu menjadi kerani seperti perlu mengemaskini data pada lewat malam.

Kegagalan penjawat awam bibayar elaun tambahan dan ada yang dibayar separuh dari apa yang ditetapkan juga menjadi satu desakan bagi penjawat awam untuk bersara awal

ISU 3 : Guru Ponteng sebulan boleh diberhentikan kerja

Guru perlu memberikan komitmen yang tinggi dan sentiasa berdisiplin untuk mengajar

sekiranya guru - guru mempunyai hal atau masalah tersendiri, guru tersebut perlu meminta izin atau memaklumkan kepada orang atasan supaya isu - isu guru dipanggil untuk bekerja semasa guru tersebut mengambil cuti dapat dielakkan.

ISU 4 : Graduan guru tiada kerja

Graduan sendiri perlu bersungguh - sungguh untuk mendapatkan pekerjaan dan bukan hanya menunggu untuk dipanggil bekerja.

Graduan perlu menggunakan kelebihan yang ada untuk mencari kerja contohnya graduan boleh menggunakan kepandaian mereka untuk membuat kelas tuisyen secara online.

ISU 5 :Tak janji penempatan graduan IPTA, IPG

sejak tahun 2012 lagi, kementerian tidak menjanjikan penempatan graduan IPTA dan IPG. garaduan sendiri perlu mencari pekerjaan sendiri selepas tamat pengajian.

bakal guru hanya ditempatkan ke sekolah selepas lulus temu duga dan diperakui oleh SPP untuk memastikan guru tersebut berkualiti serta memenuhi standard guru Malaysia

ISU 6 : Graduan tempatan tak mahir bahasa Inggeris

Hanya tujuh daripada 300 orang lepaasan universiti yang ditemuduga mampu menguasai bahasa inggeris

Perkara itu amat membimbangkan dan perlu diatasi. graduan mestilah memantapkan penguasaan bahasa inggeris bagi memudahkan mereka mendapat perkerjaan

ISU 7 : Parti Liar siswa - siswi

ibu bapa perlu mendidik anak dari kecik kerana pendidikan bermula dari rumah. ibu bapa tidak boleh mengharapkan seratus peratus kepada guru dalam membentuk akhlak anak anak mereka