Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
FAKTOR PERLUASAN KUASA BARAT - Coggle Diagram
FAKTOR PERLUASAN KUASA BARAT
SABAH
KEKAYAAN HASIL BUMI
abad ke-16, Sabah sudah dikenali oleh para pedagang sebagai negeri yang kaya dengan hasil bumi seperti sarang burung dan emas. Kekayaan itu menarik minat para pedagang dari Barat seperti Portugis, Sepanyol, Belanda dan British untuk singgah berdagang di Sabah sebelum meneruskan perjalanan ke China.
KEPENTINGAN PERDAGANGAN ASING
British mula menjalankan kegiatan perdagangan di Sabah pada tahun 1764, selepas perjanjian perdagangan ditandatangani antara seorang rakyat Britain bernama Alexander Darlrymple dengan sultan Sulu.
kesannya, british dibenarkan buka pusat perdagangan dan menjalankan perniagaan di kawasan taklukan sultan Sulu, iaitu wilayah di timur Kimanis. Dalrymple juga mendapat kebenaran mendirikan pusat perdagangan di Pulau Balambangan
petempatan British di Pulau Balambangan dimusnahkan oleh orang Sulu pada tahun 1773. Akibatnya, pihak British membatalkan hasrat untuk berdagang di Borneo
1846, British berjaya mendapatkan Labuan daripada sultan Brunci untuk dijadikan Tanah Jajahan Mahkota British dengan bantuan James Brooke dari Sarawak.
SARAWAK
PENEROKAAN PERSENDIRIAN JAMES BROOKE
Individu yang bertanggungjawab dalam usaha itu ialah pengembara British yang bernama James Brooke.
Semasa tiba Singapura pada tahun 1839, Brooke diminta oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat, S. G. Bonham untuk pergi ke Kuching bagi menyampaikan ucapan terima kasih bagi pihak kerajaan Britain kepada Pengiran Muda Hashim, iaitu Pengiran Bendahara Brunei kerana beliau telah membantu menyelamatkan pelaut British yang karam tidak berapa jauh dari pantai Kuching.
PEMBERONTAKAN DAN ANCAMAN LANUN
James Brooke tiba di Sarawak pada bulan Ogos 1839 dan mendapati negeri itu berada dalam kekacauan akibat pemberontakan dan pelanunan, Pemberontakan yang tercetus sejak tahun 1835 dipimpin oleh Pengiran Usop, bapa saudara kepada Sultan Brunci (Umar Alil Saifuddin I) yang disingkirkan dari istana
ditujukan kepada Pengiran Mahkota, pembesar Brunci yang memerintah Sarawak Pada tahun 1838, sultan Brunci Pengiran Muda Hashim ke Sarawak untuk menghentikan pemberontakan dan mengambil alih kuasa pemerintahan. Hal ini kerana, Pengiran Mahkota gagal mematahkan pemberontakan tersebut.
Brooke telah pergi menemui Pengiran Muda Hashim. Hasil pertemuan itu, hubungan persahabatan antara mereka pun terjalin Brooke kemudiannya mengambil kesempatan untuk menjelajah sepanjang pantai Pulau Borneo
Pengiran Muda Hashim meminta bantuan Gabenor Negeri-Negeri Selat untuk menghentikan huru-hara yang tercetus di Sarawak, tetapi ditolak. Brooke yang tertarik dengan perkembangan itu memutuskan untuk kembali semula ke Sarawak dan tiba di negeri itu pada bulan Ogos 1840
TUNTUTAN UTK BERKUASA SECARA KEKERASAN
Pengiran Muda Hashim gembira dengan kedatangan Brooke dan berjanji memberi Siniawan dan Kuching kepadanya, serta jawatan Gabenor Sarawak sekiranya beliau dapat menumpaskan pemberontakan yang berlaku. Brooke bersetuju dengan tawaran itu.
Dengan diiringi oleh askar yang dibawanya bersama dalam kapal Royalist, Brooke bergabung dengan pasukan Pengiran Muda Hashim untuk menentang para pemberontak. Akhirnya, pemberontakan itu dapat dipatahkan pada bulan Disember 1840
mendapati Pengiran Muda Hashim masih belum memenuhi janjinya, Brooke bertindak membedil Kuching. Tindakan itu berjaya memaksa Pengiran Muda Hashim melantik Brooke menjadi Gabenor Sarawak yang sah pada bulan September 1841