Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
FAKTOR KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM: PENGAJARAN DARI MASA LALU - Coggle…
FAKTOR KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM: PENGAJARAN DARI MASA LALU
Kerajaan Yang Bijaksana: Unsur Terpenting Dalam Kejayaan Sebuah Tamadun
Sultan Abd al-Rahman b. Mu’awiyah al-Dakhil
telah memerintahkan rakyatnya:
membina masjid (786 H)
membina perpustakaan besar
Sultan pertama membina universiti di Andalusia
Hasilnya, kota Kordoba telah memiliki 600 buah masjid, 900 tempat mandi awam, 50 hospital, dan beberapa pasar tempat perniagaan dan perdagangan.
Sultan al-Rahman III
penguasa yang lemah lembut
paling berpengetahuan
murah hati
adil, mencintai ilmu dan disegani pelajarnya
Perkara-perkara penting yang terkandung dalam surat nasihat yang ditulis oleh Tahir bin al-Husayn (m. 844) untuk
anaknya, Abdullah b. Tahir
Menjaga ibadah harian
Mempelajari agama, mendekati ahli agama
Bersikap sederhana dalam setiap perkara, tidak berlebihan dalam hal keduniaan
Bersangka baik dengan orang lain dan berhati-hati dalam membuat tuduhan
Mengikuti perintah agama dan melaksanakan hudud
Mendekati orang soleh dan menjauhi orang yang buruk akhlaknya
Melabur harta negara untuk kepentingan dan kemudahan rakyat
Selalu mendengar pandangan fuqaha, pakar dan ilmuwan.
Tidak bersikap bakhil
sambungan
Bersikap adil kepada semua orang termasuk kepada musuh, tidak pilih kasih atau mementingkan golongan tertentu
Menjaga kebajikan orang bawahan
Menghormati orang-orang besar dan berpengaruh dalam masyarakat
Melantik orang yang akan melaporkan segala tindak tanduk dan
prestasi para pekerja
Berlembut dan beramah mesra dengan rakyat
Mendekati para ulama
Jangan mengungkit pemberian kepada rakyat
6 sendi utama dalam sebuah pemerintahan Islam
Penghayatan agama yang mendalam;
Penguasa yang berwibawa;
Keadilan yang menyeluruh;
Keamanan yang merata. Di sini al-Mawardi menyedari bahawa konflik yang berpanjangan akan menjadi penghalang kepada kemajuan yang berterusan
Kesuburan Tanah yang berkesinambungan;
Harapan Kelangsungan Hidup
Kebijaksanaan seseorang pemimpin terpancar apabila ia dapat membawa masyarakat yang dipimpinnya ke arah kecemerlangan dan kejayaan yang hakiki. Daripada sudut pandangan Islam, kejayaan hakiki;
kesejahteraan aqli
kesejahteraan jasadi
kesejahteraan rohani.
Pemerintahan yang Adil: Rahsia Penting Kegemilangan Andalusia
Tindakan al-Hakam I
Tidak mnegikuti pesan ayahnya dan memerintah dengan zalim
Tidak bersifat adil dan menghukum rakyat yang melakukan kesalahan kecil
Beliau bertanggungjawab ke atas pembunuhan pembesar Toledo (peristiwa Day of the Ditch) semasa berlaku pemberontakan
Barcalona jatuh ke tangan Kristian pada zaman pemerintahannya (kemenangan pertama Kristian)
Pemerintahan Dinasti Umawiyyah
Mula jatuh akibat serangan bertubi dari Kristian untuk menakluk semula serta berlaku perpecahan umat Islam
al- Murabitun berjaya menyekat serangan Kistian, namun tidak bertahan lama kerana kekalahan dinasti selepasnya iaitu al- Muwahhidun (Perang Las Navas de Tolosa) akibat sikap sultan yang enggan menerima nasihat panglima yang berpengalaman
Akibat kekalahan tersebut, 70000 umat Islam dibunuh (sembelih) atas arahan paderi Toleto
setelah sultan terakhir Andalusia meninggal, Khalifah terakhir, Abu Abdullah terpaksa menyerahkan Granada iaitu benteng pertahanan terakhir ke tangan Ferdinand ( setelah dikepung selama 7 bulan dan keputusan diambil kerana bimbang ramai rakyat akan mati kebuluran)
Nasib Andalusia semakin menyedihkan apabila umat islam diusi secara besar- besaran dan mereka yang ingin kekal di Sepanyol harus menukar agama
Ketika al- Hakam menaiki takhta, ayahnya berpesan untuk mempunyai sifat berkeperibadian mahmudah
Antara yang dipesan oleh ayah beliau adalah untuk bersifat adil terhadap golongan miskin atau kaya, berbuat baik dan berlemah lembut tanpa mengira kedudukan
Menguruskan tentera dengan tegas
Menghukum menteri atau mereka yang berjawatan sekiranya menindas rakyat
Tidak menindas rakyat
Melindungi hutan hasil tuaian seperti tanah dan gandum
Mendapatkan restu rakyat
Keadilan dapat membawa kepada kejayaan seperti yang tertakluk dalam polisi Islam
Ia membuktikan bhaawa sikap adil dapat membawa kepada kebaikan seperti mana zaman Andalusia yang diperintah dengan keadilan yang menjadikan rakyatnya termasuk yang bukan Islam hidup dalam kedamaian dan keharmonian
Antara Madinah dan Andalusia
Keunggulan Tamadun Islam baik berlaku di Andalusia mahupun di sebelah dunia lain adalah berasal dari daripada keunggulan Islam.
Ada yang berani mengatakan bahawa tanpa Islam,semua bangsa Arab, Farsi dan Sepanyol, Turki dan Melayu tidak akan pernah mencapai zaman kegemilangan.
Berdasarkan sirah Rasulullah SAW, pembinaan generasi unggul telah mula dilakukan oleh Rasulullah sejak baginda diutus sebagai Rasul.
Dengan itu, masyarakat Arab mula melalui proses transformasi sosial dan kebudayaan.
Kejayaan umat Islam sama ada di Andalusia mahupun dunia lainnya, adalah berasaskan apa yang telah dibina oleh Rasulullah di Madinah yang berakarkan pandangan alam Islam dan bertunjangkan Tauhid.
Andalusia adalah salah satu pusat kebudayaan yang sering menjadi model yang terbaik dan pusat ini telah dibina oleh kerajaan Islam.
Hal ini kerana, pusat ini meninggalkan kesan dan warisan yang luar biasa sehingga ke hari ini.
Juga dianggap besar kerana telah membuka pintu kemajuan bagi tamadun barat.
Baghdad dan Kaherah juga merupakan pusat kebudayaan dan keilmuan yang unggul.
Pembangunan Insan Sebelum Pembangunan Tamadun
Agama berkait secara langsung dengan pembinaan tamadun.
Tauhid merupakan peranan besar dalam pembangunan manusia.
Melalui pembinaan generasi unggul, Maka generasi ini akan mencipta kecemerlanagn demi kecemerlanagn dalam pelbagai bidang.
Konsep ini adalah dikenali sebagai Pembangunan Modal Insan
Berhasil membina individu unggul
Mempunyai persiapan Mental, Fizikal dan Rohani
untuk memikul misi pembangunan tamadun Islam.
Zaman Khulafa' Arrasyidin
tidak menumpukan kepada perluasan daerah Dar al-Islam
tetapi juga membina negara/ khalifah yang kukuh dan makmur
Saidina Umar telah melaksanakan beberapa agenda penting pembangunan negara.
Beliau juga tidak segan untuk mengambil sistem yag datang dari luar seperti Dewan Farsi.
Agenda Pembangunan
Reformasi dan pembangunan sistem Pentadbiran Negara.
reformasi dan pembangunan dalam sistem ekonomi
Reformasi Pembangunan sektor Pertanian
Reformasi dan pembangunan Sistem Politik
Reformasi dalam ketenteraan
Reformasi dan pembangunan sistem Pendidikan
Konsep Pembangunan Modal Insan pemikir barat
tidak dapat diterima oleh Muslim
bertentangan dengan pandangan Islam
wujud kekeliruan yang asas dalam konsep manusia
Dalam Islam, manusia tidak hanya dilihat daripada sudut kebendaan dan ekonomi semata-mata tetapi sebagai makhluk Allah yang dianugerahkan roh dan akal.
Pembangunan insan yang seutuhnya meliputi pembangunan fizikal, rohani dan intelektual.
Konsep ‘Umran Bashari (pembangunan manusia)
diutarakan oleh Ibn Khaldun (2004)
pembangunan yang menyeluruh sehingga menghasilkan manusia yang seimbang.
Ibn Khaldun juga membezakan antara pembangunan yang berdasarkan akal semata-mata dengan pembangunan yang berdasarkan agama.
Pembangunan yang berdasarkan akal sahaja katanya hanya membawa kepada manfaat di dunia sahaja
pembangunan yang berdasarkan agama, manfaatnya bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.
Baginya politik dan pemerintahan yang bersandarkan pada petunjuk agama adalah yang terbaik.
Ketinggian Budaya Ilmu
Umat Islam di Andalusia merupakan contoh kepada masyarakat Eropah
dalam segala hal. Umat Islam mencipta budaya tinggi (high culture).
Ciri-Ciri Khas Masyarakat yang Cerdas dan Memiliki
Budaya Ilmu
Peranan besar ilmuwan dalam mencerdaskan dan mencerahkan masyarakat. Mereka tidak terpisah daripada masyarakat tetapi berfungsi sebagai agen perubahan dan pencerahan.
Penghormatan terhadap autoriti untuk memastikan keputusan dilakukan berdasarkan ilmu dan kebijaksanaan dan bukan mengikut hawa nafsu dan emosi
Segala persoalan dibahas dengan bijaksana dan dewasa
Pengangkatan seseorang pemimpin berdasar ilmu, kemampuan dan akhlak
Masyarakat yang cerdas dan berbudaya ilmu adalah masyarakat
yang terbuka fikirannya dan maju cara berfikirnya
Masyarakat yang cerdas dan berbudaya ilmu adalah masyarakat yang mempunyai sahsiah dan jati diri yang mantap
Untuk melakukan sesuatu dengan tepat, betul dan bijaksana, seseorang perlu terlebih dulu mengerti tempat bagi segala sesuatu (adil).
sangat penting bagi kita mengenal dan mengangkat orang-orang yang benar-benar berilmu sebagai pemimpin.
Keunggulan Tradisi Keilmuan Islam tercermin apabila para sultan begitu dekat dengan ulama'
Kehebatan sultan tidak menjadikan para ilmuwan kerdil.
Para Ulama berperanan sebagai penasihat yang baik dan pemerhati yang bijak atau kini dalam sistem demokrasi dikenali dengan istilah check and balances