Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
FAKTOR KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM - Coggle Diagram
FAKTOR KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM
:check:PEMBANGUNAN INSAN SEBELUM PEMBANGUNAN TAMADUN
1) Tauhid mempunyai peranan yang besar dalam pembangunan manusia
Para Rasul diutus untuk melaksanakan misi yang bertujuan untuk membebaskan manusia daripada pelbagai belenggu yang menahannya daripada kemajuan
2)Tumpuan terhadap pembinaan generasi unggul
Rasulullah tidak menekankan pembangunan infrastruktur
Melalui pembinaan generasi yang unggul akan mencipta kecemerlangan dalam pelbagai bidang
Konsep ini dikenali sebagai pembangunan modal insan
Individu unggul mempunyai persiapan mental, fizikal dan rohani yang mantap untuk memikul misi pembangunan tamadun Islam
3)Tumpuan diberikan kepada bagaimana untuk melahirkan pemimpin yang bukan hanya berkemampuan tetapi juga bertanggungjawab, beramanah dan bertaqwa
Kekuatan dalaman dan luaran yang dibina oleh generasi awal membawa kepada mercu kejayaan yang dikecapi oleh generasi-generasi seterusnya.
4) Tidak menerima konsep pembangunan modal insan yang diperkenalkan oleh pemikir Barat
Hal ini kerana terdapat kekeliruan yang asas dalam konsep manusia
Manusia tidak hanya dilihat dari sudut kebendaan dan ekonomi semata-mata tetapi sebagai makhluk Allah yang dianugerahkan roh dan akal
Bertanggungjawab kepada Allah sebagai Pemilik, Penguasa dan Pentadbir yang sebenar.
Pembangunan insan meliputi pembangunan fizikal, rohani,dan intelektual, serta tidak menekankan kebendaan.
Konsep Pembangunan Manusia Umran Bashari seperti yang diutarakan oleh Ibn Khaldun
Pembangunan akal: membawa kepada manfaat di dunia sahaja
Politik dan pemerintahan berdasarkan pada petunjuk agama adalah yang terbaik.
Pembangunan berdasarkan agama: membawa kepada manfaat di dunia dan juga di akhirat.
:check: KERAJAAN YANG BIJAKSANA
Kebijaksanaan seseorang pemimpin terpancar apabila dapat membawa masyarakat yang dipimpinnya ke arah kecemerlangan dan kejayaan hakiki.
Contoh: Sultan pertama Andalus memerintahkan rakyat membina masjid (Masjid Kordoba) - membina perpustakaan besar dengan hartanya sendiri - membina universiti di Andalusia - membiayai kegiatan ramai sarjana dan saintis Andalusia
Hasil kebijaksanaan pemimpin: Kordoba memiliki 600 buah masjid - 900 tempat mandi awam - 50 hospital - beberapa pasar tempat perniagaan & perdagangan
Isi Penting Surat Nasihat yang Ditulis oleh Tahir bin al-Husayn
1) Menjaga ibadah harian
2) Mempelajari agama, mendekati ahli agama
3) Bersederhana dalam setiap perkara, tidak berlebihan dalam hal keduniaan
4) Bersangka baik dengan orang lain & berhati-hati dalam membuat tuduhan
5) Mengikuti perintah agama dan melaksanakan hudud
6) Mendekati orang soleh dan menjauhi orang yang buruk akhlaknya
7) Melabur kepentingan negara untuk kepentingan dan kemudahan rakyat
8) Selalu mendengar pandangan fuqaha, pakar dan ilmuwan. Tidak mendengar pandangan orang-orang yang mementingkan keduniaan
9) Tidak bersikap bakhil khususnya kepada orang bawahan
10) Bersikap adil terhadap semua orang termasuk musuh
11) Menjaga kebajikan orang bawahan
12) menghormati orang-orang besar dan berpengaruh dalam masyarakat
13) melantik orang yang akan melaporkan segala tindak tanduk dan prestasi para pekerja
14) Berlembut dan beramah mesra dengan rakyat
15) Mendekati para ulama
16) Jangan mengungkit pemberian kepada rakyat
6 Sendi Utama dalam Pemerintahan Islam
1) Penghayatan agama yang mendalam
2) Penguasa yang berwibawa
3) Keadilan yang menyeluruh
4) Keamanan yang merata
5) Kesuburan tanah yang berkesinambungan
6) Harapan kelangsungan hidup
:check: KETINGGIAN BUDAYA ILMU
Budaya ilmu adalah budaya yang diwarnai oleh kebijaksanaan dalam berfikir dan bertindak bukannya mengikut emosi baik raja, pemimpin mahupun rakyat
Ilmuwan merupakan agen perubahan dan pencerahan masyarakat. Namun, jika ilmuwan hanya mementingkan keuntungan, masyarakat tidak akan menghormati dan merujuk kepada mereka seterusnya mengakibatkan masyarakat menjadi tidak cerdas dan tidak berbudaya ilmu dek terpengaruh dengan penghibur dan sebagainya.
Penghormatan terhadap kepakaran dan autoriti adalah penting untuk memastikan keputusan yang dilakukan berdasarkan ilmu dan kebijaksanaan dan bukan mengikut hawa nafsu serta emosi. Ia bertujuan bagi mengelakkan berlaku kesilapan dan malapetaka.
Setiap persoalan dibincang dan dibahas dengan bijaksana dan dewasa.Prinsip musyawarah perlulah digunakan sewaktu perbahasan.
Perlantikan seorang pemimpin hendaklah berdasarkan kemampuan, ilmu dan akhlak bukannya dilakukan berdasarkan keturunan, wang dan kuasa.
Masyarakat yang cerdas dan berbudaya ilmu ialah masyarakat yang berfikiran terbuka dan maju serta menerima sesuatau pandangan berdasarkan kekuatan hujah dan ilmu.
Masyarakat yang cerdas dan berbudaya ilmu ialah masyarakat yang memiliki sahsiah dan jati diri yang mantap, berpegang pada nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang berdasarkan pandangan alam dan agama tersendiri serta tidak berkiblatkan ke Barat mahupun Timur.
Galakan dan sokongan daripada para penguasa menjadikan para ilmuan lebih bersemangat untuk menguasai pelbagai bidang keilmuan.
1 more item...
:check: PEMERINTAH YANG ADIL
seseorang yang tidak bersikap adil kepada Tuhannya tidak
akan bersikap adil kepada rakyatnya.
Andalusia membangun dengan pesat kerana raja-rajanya
memerintah dengan adil.
Kerajaan yang zalim akan
merusakkan pembangunan negara.
Sikap adil seseorang pemimpin yang paling penting adalah meletakkan seseorang pada tempatnya yang sesuai
Zaman kegemilangan tamadun Islam ditandai dengan zaman umara
(pemerintah) menghormati ulama (ilmuwan).
zaman kejatuhan
juga ditandai dengan kerakusan umara sehingga sanggup memperalat ulama.
Zaman Andalusia diperintah oleh orang Islam, dengan keadilan oemerintah, orang-orang kristian dan yahudi hidup dalam kedamaian dan keamanan kerana sikap adil yang dijelmakan termasuk terhadap orang bukan Islam.