Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
FAKTOR KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM - Coggle Diagram
FAKTOR KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM
Ketinggian budaya ilmu
Bukti : - Keunggulan Tradisi Keilmuan Islam tercermin apabila pemerintah dekat dengan ulama'. - Tokoh yang lahir hasil sokongan pemerintah : Ibn Rushd dan Ibn Khaldun menunjukkan kepekaan pemerintah terhadap kepentingan ilmu.
Umat Islam di Andalusia merupakan contoh kepada masyarakat Eropah
Umat Islam mencipta budaya tinggi (high culture).
Umat Islam menjunjung tinggi nilai-nilai yang membolehkan mereka memimpin masyarakat Dunia.
simbol ketertiban, kesopanan, kebersihan,kebijaksanaan, ketamadunan, persamaan, dan kemajuan.
memiliki budaya yang tinggi.
Budaya ilmu adalah budayayang diwarnai oleh kebijaksanaan dalam berfikir dan bertindak.
Sesiapa sahaja,baik raja, pemimpin, atau rakyat kecil, akan berfikir dan bertindak dengan betul dan bijaksana, tidak mengikuti emosi, marah, atau angkuh.
Ciri khas bagi masyarakat yang cerdas dan memiliki budaya ilmu:
Menjadikan peranan besar ilmuwan dalam mencerdaskan dan mencerahkan masyarakat
Kepakaran dan autoriti adalah penting untuk memastikan keputusan dilakukan berdasarkan ilmu dan kebijaksanaan dan bukan mengikut hawa nafsu dan emosi
Segala persoalan dibahas dengan bijaksana dan dewasa kerana ilmu yang berkuasa dan bukan kuasa politik.
Memilih seseorang pemimpin berdasarkan ilmu, kemampuan dan akhlak.
masyarakat yang terbuka fikirannya dan maju cara berfikirnya.
masyarakat yang mempunyai sahsiah dan jati diri yang mantap, tidak berkiblat ke Barat mahupun Timur.
Pemerintahan yang adil
Sikap adil seseorang pemerintah dapat dinilai daripada sikap adilnya dengan Allah. Pemerintah yang adil mampu untuk menempatkan kedudukan antara ilmu dan kejahilan. Sikap kejam dan tidak adil oleh pemerintah akan membawa ke arah kemusnahan tamadun Islam dan negara Islam jatuh ke tangan golongan bukan Islam yang sentiasa menanti peluang menguasai umat Islam.
Kerajaan yang zalim akan meruntuhkan pembangunan negara dan tamadun.
Seorang pemimpin yang adil akan melantik pemimpin dalam kalangan mereka yang berilmu dan layak dengan jawatan yang dipertanggungjawabkan.
Sikap adil seseorang penguasa dapat meletakkan seseorang pada tempatnya
Kerajaan yang bijaksana
Sultan Abd al-Rahman b. Mu’awiyah al-Dakhil
memerintahkan rakyatnya membina masjid
membina perpustakaan yang besar dengan hartanya sendiri
Sultan al-Hakam II
membina universiti di Andalusia
penaung yang membiayai kegiatan ramai sarjana dan saintis Andalusia
al-Hakam memiliki lebih 400,000 buah buku.
dikenali sebagai kutu buku.
Abd al-Rahman III
penguasa yang lemah lembut dan paling berpengetahuan
mencintai ilmu dan disegani oleh orang terpelajar
Hasil dari kebijaksanaan tersebut
kegemilangan kota Kordoba memiliki 600 buah masjid, 900 tempat mandi awam, 50 hospital, dan beberapa pasar tempat perniagaan dan perdagangan.
Seseorang boleh berjalan di waktu malam sejauh puluhan batu kerana lampu-lampu dinyalakan untuk menerangi jalan. Hanya 700 tahun kemudian hal ini
terjadi sebagai inovasi besar di London dan Paris.
:<3: Kebijaksanaan seseorang pemimpin terpancar apabila ia dapat membawa masyarakat yang dipimpinnya ke arah kecemerlangan dan kejayaan yang hakiki.
Langkah-langkah dalam melahirkan masyarakat yang berilmu
Mewujudkan persekitaran yang kondusif
Penghormatan dan apresiasi yang murni terhadap para ilmuwan
Membangun masyarakat yang bermoral
Membangun budaya ilmu
Akar peradaban Islam adalah tauhid, ketinggian budaya ilmu, peranan ilmuwan sebagai pencerah dan pendidik akhlak dan nilai moral yang tinggi
Antara Madinah dan Andalusia
:star: Keunggulan tamadun Islam berlaku di Andalusia
:star: kejayaan Islam di Andalusia bertunjangkan asas-asas yang telah dibina oleh Rasulullah di Madinah
:star: Andalusia adalah pusat kebudayaan yang dibina oleh kerajaan Islam merupakan
:star: model terbaik kerana meninggalkan kesan dan warisan yang luar biasa
PEMBANGUNAN INSAN SEBELUM PEMBANGUNAN TAMADUN
Rasulullah memberi tumpuan kepada pembinaan generasi yang unggul
pembinaan generasi yang unggul akan menyebabkan pelbagai kecemerlangan dapat dicipta dalam pelbagai bidang
konsep pembangunan modal insan yang dicanang oleh barat tidak diterima oleh Islam kerana Islam tidak melihat daripada sudut kebendaan dan ekonomi semata-mata
pembangunan berdasarkan akal semata hanya membawa kepada manfaat di dunia tetapi pembangunan berdasarkan agama, manfaatnya di dunia dan akhirat