Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
sistem ekonomi [ ekonomi traditional ] - Coggle Diagram
sistem ekonomi [ ekonomi traditional ]
konsep
kegiatan ekonomi yang hanya cukup untuk memenuhi keperluan diri sendiri dan menyara keluarga. Kegiatan ekonomi jenis ini juga dikenali sebagai ekonomi sara diri serta merupakan kegiatan ekonomi masyarakat yang paling asas dan utama
tidak wujud pengkhususan dalam pekerjaan. Mereka melakukan pelbagai jenis pekerjaan pada masa yang sama seperti menjadi petani, nelayan, penternak dan pembuat sampan tiada pengecualian kecuali ikut jantina dan umur
Peralatan tradisional digunakan untuk mengusahakan sesuatu pekerjaan. Misalnya, untuk menangkap ikan, mereka menggunakan peralatan seperti bubu, tangguk, lukah, serkap dan jala.
berskala kecil dan diusahakan secara kecil-kecilan mereka tidak menghasilkan sesuatu keperluan untuk orang lain. Jika terdapat lebihan, barulah dijual.
ciri-ciri
berkait rapat dengan kawasan petempatan mereka yang terletak berhampiran dengan laut, pinggir sungai atau sekitar kawasan pedalaman.
kegiatan ekonomi yang utama ialah pertanian dan perikanan. Pertanian menjadi kegiatan ekonomi kepada penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman.
menjalankan kegiatan menternak, berburu binatang dan memungut hasil hutan. Sebahagian kecil sahaja yang mengusahakan kegiatan melombong dan melakukan kerja kemahiran seperti pertukangan dan kraf tangan.
amalan gotong-royong seperti berderau merupakan satu daripada ciri asas dalam kehidupan harian masyarakat.
Masyarakat tempatan ketika itu dikatakan tidak didorong untuk menghasilkan lebihan hasil kerana beberapa faktor seperti
(a) masalah tenaga buruh yang terbatas menyebabkan mereka terpaksa bergantung hanya kepada tenaga keluarga.
(b) tiada ternakan yang boleh melakukan kerja-kerjapembajakan yang berat.
(c) petani terpaksa menanggung beban kerja kerah yang di tuntut oleh golongan pemerintah.
(d) petani di sesetengah negeri dikehendaki menyerahkan satu persepuluh daripada hasil mereka kepada golongan na pembesar sebagai tanggungjawab tradisi.
pertanian
mengusahakan kegiatan pertanian bagi menghasilkan makanan secara sara diri. Tanaman padi menjadi sumber makanan dan tanaman yang utama. Sumber makanan yang lain ialah buah-buahan, sayur-sayuran, ubi-ubian, bijirin dan kekacang.
tertumpu di kawasan-kawasan yang subur seperti di tebing sungai kerana kepentingan sungai sebagai jalan perhubungan, tempat pengutipan cukai dan strategik untuk dijadikan pusat pemerintahan. Hal ini menyebabkan terdapat banyak perkampungan didirikan sepanjang tebing sungai. juga bertumpu di kawasan yang kecil seperti tanah yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka
Saiz tanah yang dimiliki oleh masyarakat petani tidak besar, iaitu dalam lingkungan purata dua ekar untuk setiap keluarga. Hasil pengeluarannya bergantung kepada saiz tanah yang dapat dikerjakan, jumlah keperluan sendiri dan juga tenaga kerja keluarga sebagai unit asas pengeluaran.
tanaman padi
Padi huma/bukit ditanam di kawasan yang lebih tinggi seperti di lereng bukit kerana tidak memerlukan banyak air. Padi huma/bukit ditanam secara pertanian pindah oleh masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman. Pertanian pindah merupakan sejenis pertanian terawal yang biasanya diamalkan oleh masyarakat Orang Asli seperti Semai, Dayak, Iban, Jakun dan Temiar.
sawah atau bendang ditanam di kawasan rendah yang mempunyai banyak air dan kebanyakannya ditanam di kawasan subur seperti berhampiran dengan tebing sungai dan di tanah pamah pesisiran pantai
Sistem pengairan diperkenalkan pada awal abad ke-19 untuk memudahkan penanaman padi. Tali air dan terusan telah dibina untuk membawa masuk air ke dalam sawah padi.
Empangan yang diperbuat daripada kayu, kincir air dan terusan digunakan untuk menyekat air sungai bagi disalirkan ke sawah. dibina merentasi sungai untuk memudahkan pengaliran air ke petak sawah. Cara pengairan yang terkawal ialah empangan dan kincir air.
penternakan/berburu/menjerat
ternak binatang seperti yam,itik dan kerbau. selain dari sumber makanan binatang ternakan seperti lembu dan kerbau digunakan untuk membajak sawah dan menarik kayu.
Berburu adalah kegiatan ekonomi tradisional yang dilakukan secara sampingan Antara binatang yang diburu ialah kancil, rusa, pelanduk dan seladang.
Menjerat gajah menjadi satu kegiatan ekonomi kerana gajah merupakan binatang yang mempunyai banyak kegunaan. Gajah ule boleh digunakan untuk membawa barang dan penumpang serta menjadi alat pengangkutan utama golongan pemerintah.
perikanan
antara hasil pencarian utama masyarakat tempatan terutamanya penduduk yang tinggal berhampiran dengan laut, sungai dan tasik. Kegiatan ini diusahakan dengan meluas di negeri-negeri pantai timur Tanah Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.
dilakukan secara sara diri dan jika terdapat sedikit lebihan akan ditukar dengan keperluan lain. Lebihan hasil laut seperti ikan dan udang akan dibuat keropok atau dikeringkan. Anak-anak ikan dan udang pula dijadikan ikan kering, belacan, cencaluk dan budu sebelum dijual
Kerja mengering dan membuat ikan masin dilakukan oleh golongan wanita dan kanak-kanak.Nelayan biasanya menukarkan ikan dengan beras dari kampung-kampung yang mengusahakan tanaman padi di kawasan pedalaman.
Musim menangkap ikan biasanya dijalankan di antara bulan Mac hingga Oktober setiap tahun berhenti ketika musim tengkujuh iaitu antara buln november - februari kerana keadaan laut yg bahaya.
Cara penangkapan ikan berbeza-beza dilakukan di sungai atau laut dan jenis ikan yang ditangkap
Penangkapan ikan di laut menggunakan pukat, jala, jaring, kelong dan rawai manakala ikan di sungai ditangkap menggunakan pancing, jala, tangguk, kail, lukah, tombak dan serampang.