Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
sistem ekonomi di negeri-negeri Melayu - Coggle Diagram
sistem ekonomi di negeri-negeri Melayu
ciri ekonomi tradisional
menggunakan alatan tradisional
Peralatan tradisional seperti bubu, jala dan lukah digunakan untuk menangkap ikan manakala cangkul dan sabit untuk pertanian.
amalan gotong-royong atau berderau
Dilakukan bersama atau secara berkumpulan untuk mempercepatkan sesuatu pekerjaan.
kegiatan ekonomi berkait rapat dengan persekitaran tempat tinggal
Bergantung kepada tempat tinggal sama ada berhampiran laut, sungai atau kawasan pedalaman.
tiada lebihan/hasil yang terhad
Tiada lebihan akibat penggunaan alatan, kaedah serta tenaga buruh yang terhad.
tiada pengkhususan kerja
Tiada pembahagian tugas kecuali antara lelaki dengan wanita dan orang tua dengan kanak-kanak.
Orang tua dan kanak-kanak biasanya melakukan kerja yang lebih ringan.
Mereka melakukan pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti bertani, nelayan dan sebagainya.
Setiap pekerjaan melibatkan semua anggota keluarga.
ciri-ciri ekonomi komersil
tempat jual beli
Berniaga di pasar atau luar dari pelabuhan menggunakan perahu.
Tempat penting seperti kuala sungai menjadi tumpuan para pedagang.
melibatkan golongan rakyat dan pemerintah
Pembesar dikenali sebagai usahawan dalam kalangan masyarakat.
Menguasai dan mengawasi perdagangan import dan eksport.
Ekonomi komersial golongan pembesar agak berbeza. Pembesar biasanya menjadi pemodal.
Melantik wakil tertentu untuk menjalankan perniagaan yang dikenali sebagai kiwi (orang yang mahir dalam perniagaan).
Rakyat biasa juga terlibat dengan ekonomi komersial yang dikenali sebagai berjaja.
penggunaan wang
Abad ke-19, urus niaga di Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Perak menggunakan mata wang timah yang dikenali sebagai jongkong tampang yang berbentuk separuh piramid atau pagoda.
Contoh wang seperti tampang buaya dan syiling yang mempunyai nama pemerintah.
Barang berharga yang diteruma sebagai wang terdiri daripada logam berharga seperti emas, perak dan tembaga.
1800-an, negeri Melayu telah mempunyai mata wang sendiri.
wujud perdagangan dengan negara luar pelaburan luar
Pelabuhan ini menjadi persinggahan utama saudagar-saudagar dari Asia Tenggara, India, Arab dan China.
Selat Melaka bertambah penting.
Perdagangan dengan negara luar dikuasai oleh golongan pemerintah.
Dijalankan di muara sungai yang menjadi pelabuhan persinggahan.
Pada abad 19, Kuala Terengganu dan Kota Bharu juga muncul sebagai pusat perdagangan penting.
Kehadiran British ke Tanah Melayu membawa masuk pelaburan asing terutama dalam sektor perladangan dan perlombongan bagi tujuan eksport.