Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Ciri-ciri Ekonomi Tradisional Tanah Melayu - Coggle Diagram
Ciri-ciri Ekonomi Tradisional Tanah Melayu
Penternakan/Berburu/Menjerat
1 Masyarakat tempatan juga menternak binatang ternakan seperti ayam, itik, lembu dan kerbau. Selain menjadi sumber makanan, binatang ternakan seperti lembu dan kerbau digunakan untuk membajak sawah dan menarik kayu.
2 Berburu adalah satu daripada kegiatan ekonomi tradisional yang dilakukan secara sampingan.
Antara binatang yang diburu ialah kancil, rusa,pelanduk dan seladang.
3 Menjerat gajah menjadi satu kegiatan ekonomi kerana gajah merupakan binatang yang mempunyai banyak kegunaan. Gajah uled boleh digunakan untuk membawa barang dan penumpang serta menjadi alat pengangkutan utama golongan pemerintah
Pertanian
1 Masyarakat tempatan mengusahakan kegiatan
pertanian bagi menghasilkan makanan secara sara diri. Tanaman padi menjadi sumber makanan yang lain ialah buah-buahan, sayur-sayuran, ubi-ubian dan sebagainya
2 Keperluan hidup petani adalah bersifat sederhana dengan lebih menekankan keperluan asas rumah tangga. Pengkhususan tanaman masih belum diamalkan ketika itu
3 Kegiatan pertanian tertumpu di kawasan-kawasan yang subur seperti di tebing sungai kerana tempat pengutipancukai dan strategik untuk dijadikan pusat pemerintah. Hal ini menyebabkan terdapat banyak perkampungan didirikan sepanjang terbing sungai
4 Kehidupan petani juga bertumpu di kawasan yang
kecil seperti tanah yang berhampiran dengan tempat
tinggal mereka. Pemilikan tanah diasaskan kepada
suatu keluasan tertentu yang hasilnya dapat
menampung keperluan sebuah keluarga sahaja.
5 Saiz tanah yang dimiliki oleh masyarakat petani
tidak besar, iaitu dalam lingkungan purata dua ekar
untuk setiap keluarga. Hasil pengeluarannya
bergantung kepada saiz tanah
Tanaman Padi
1 Terdapat dua jenis padi yang diusahakan, iaitu
padi huma/bukit dan padi sawah. Padi huma/bukit
ditanam di kawasan yang lebih tinggi seperti di
lereng bukit kerana tidak memerlukan banyak air.
2 Padi huma/bukit ditanam secara pertanian pindah
oleh masyarakat yang tinggal di kawasan
pedalaman. Pertanian pindah merupakan sejenis
pertanian terawal yang biasanya diamalkan oleh
masyarakat Orang Asli seperti Semai, Dayak, Iban,
Jakun dan Temiar.
3 Padi sawah atau bendang ditanam di kawasan
rendah yang mempunyai banyak air dan
kebanyakannya ditanam di kawasan subur seperti
berhampiran dengan tebing sungai dan di tanah
pamah pesisiran pantai.
4 Sistem pengairan mula diperkenalkan pada awal
abad ke-19 untuk memudahkan penanaman padi.
Tali air dan terusan telah dibina untuk membawa
masuk air ke dalam sawah padi.
5 Empangan yang diperbuat daripada kayu, kincir
air dan terusan digunakan untuk menyekat air
sungai bagi disalirkan ke sawah. EEmpangan ini
biasanya dibina merentasi sungai untuk
memudahkan pengaliran air ke petak sawah.
Perikanan
1 Kegiatan menangkap ikan adalah antara hasil
pencarian utama masyarakat tempatan terutamanya
penduduk yang tinggal berhampiran denganlaut,
sungai dan tasik. Kegiatan ini diusahakan dengan
meluas di negeri-negeri pantai timur Tanah Melayu
seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.
2 Kegiatan menangkap ikan dilakukan secara sara
diri dan jika terdapat sedikit lebihan akan ditukar
dengan keperluan lain. Lebihan hasil laut seperti
ikan dan udang akan dibuat keropokatau
dikeringkan. Anak-anak ikan dan udang pula
dijadikan ikan kering, belacan,
3 Kerja mengering dan membuat ikan masin dilakukan oleh golongan wanita dan kanak-kanak.
Nelayan biasanya menukarkan ikan dengan beras
dari kampung-kampung yang mengusahakan
tanaman padi di kawasan pedalaman.
4 Musim menangkap ikan biasanya dijalankan di
antara bulan Mac hingga Oktober setiap tahun.
Kegiatan ini dihentikan pada musim tengkujuh iaitu
di antara bulan November hingga Februari kerana
keadaan laut yang bergelora dan berbahaya kepada
nelayan. Pada masa ini, mereka menangkapikan di
sungai atau tasik.