Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
sistem ekonomi Asia Tenggara (Vietnam) - Coggle Diagram
sistem ekonomi Asia Tenggara (Vietnam)
pertanian
Vietnam merupakan pengeluar utama beras dunia. Kawasan pengeluaran padi seperti di Lembah Song-koi. Lembah Song-koi juga dikenali sebagai Sungai Merah. Kawasan lain seperti di Lembah Mekong. Padi meliputi lima perenam daripada jumlah kawasan pertanian. Pengeluaran beras bertambah lima kali ganda antara tahun 1870 hingga 1930
perdagangan
Kegiatan perdagangan amat terhad.Perdagangan hanya berlaku di kawasan daratan dan bukit di pedalaman. Dijalankan sebagai tukaran untuk barangan lain. Kayu dan buluh diperdagangkan untuk mendapatkan barangan seperti kicap ikan, ikan kering dan garam. Perdagangan biasanya dijalankan dengan negara Siam dan China. Pedagang asing dibenarkan berniaga di pelabuhan Vietnam adalah tongkang-tongkang dari negara China dan Siam sahaja. Barang dagangan antara negara Siam dan Annam ialah hasil pengeluaran seperti rempah, besi, lada dan gula.Pedagang-pedagang dari China mendapatkan bahan galian seperti perak. Perniagaan arak juga dijalankan. Arak ialah hasil sampingan utama. Penyulingan arak atau air tapai telah lama diusahakan oleh penduduk kampung
perlombongan
Aktiviti perlombongan juga diusahakan. Diusahakan secara kecil-kecil.Hasil perlombongan utama ialah arang batu . Longgokan arang abtu terdapat di Quang Yen
perikanan
Dijalankan di Tasik Tonle Sap. Merupakan sungai besar air tawar. Tasik tersebut menghubungkan dengan Sungai Mekong. Ikan-ikan yang diperoleh akan dikeringkan, disalai atau dijeruk untuk dieksport atau diperdagangkan. Ikan-ikan tersebut dibawa keluar ke Dataran Mekong melalui jalan Snoc Thou atau dataran lumpur. Ikan-ikan tersebut dibawa keluar menggunakan perahu
penanaman padi
Masyarakat Vietnam menjalankan kegiatan ekonomi sara diri dengan tumpuannya kepada penanaman padi.
Padi merupakan makanan utama penduduk Vietnam. Terdapat pelbagai jenis padi yang ditanam di Vietnam dan jenis padinya berbeza mengikut iklim dan jenis tanah. Di lembah sungai Vietnam Utara, terdapat sekurang-kurangnya tiga ratus jenis padi. Para petani akan memilih padi yang sesuai dengan sifat sawahnya.
Tanah merupakan unsur penting dalam ekonomi sara diri yang dijalankan oleh masyarakat peribumi.
Selain tanah, sistem tali air juga penting dalam kegiatan ekonomi sara diri ini. Dengan menggunakan tali air, petani dapat mengairi kawasan tanah kering dan seterusnya boleh mengusahakan penanaman padi.
Dalam menjalankan kegiatan pertanian, Vietnam menggunakan sistem tali air. Melalui tali air ini mereka boleh mengairi kawasan tanah kering yang mengusahakan pertanian.
Kebanyakan padi ditanam di Lembah Sungai Mekong kerana mempunyai tanah yang rendah, rata, serta tanah lanar yang subur. Tanahnya subur kesan daripada limpahan lumpur Sungai Mekong. Di Vietnam Utara, penanaman padi dijalankan dua kali setahun di Lembah Sungai Merah.
Penanaman padi di Lembah Sungai Mekong berbeza dengan yang terdapat di Vietnam Utara. Sistem tali airnya tidak sebaik yang terdapat di Vietnam Utara. Oleh itu, mereka bergantung kepada musim hujan. Sistem kawalan banjir juga lebih rendah mutunya. Keadaan tersebut memaksa petani di Lembah Sungai Mekong menjalankan penanaman padi sekali setahun sahaja
tanaman lain
mengusahakan tanaman lain spt ubi keledek ,jagung,kacang dan buah-buahan sebagai tanaman luar musim kering di sawah padi.
kegiatan ini tertumpu kepada kawasan cochin-china dan annam .petani juga menanam teh di tgh tonking dan utara annam untuk mempelbagaikan hasil tanaman.
kegiatan menangkap ikan
Masyarakat Vietnam menjalankan kegiatan penangkapan ikan di Lembah Sungai Mekong.
Sungai Mekong dan sungai-sungai lain selain menjadi kawasan utama untuk kegiatan pertanian turut menjadi kawasan penangkapan ikan yang penting.
Sebagai masyarakat yang bergantung kepada kegiatan ekonomi sara diri, kegiatan penanaman padi dan penangkapan ikan dijalankan secara beriringan.
Penangkapan ikan air tawar adalah penting bagi ekonomi sara diri dan dijalankan sepanjang tahun