Sistem sosial di Malaysia
maksud
Sebelum kedatangan British, masyarakat peribumi menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti melombong, bercucuk tanam dan sebagainya. Kegiatan ini dikenali sebagai kegiatan ekonomi sara diri. Kegiatan ini dijalankan untuk mendapatkan bahan makanan dan hasil lain untuk memenuhi keperluan harian. Pelbagai ciri lain mengenai ekonomi tradisional masyarakat Melayu.
Tiada pengkhususan kerja
berkait rapat dengan kawasan penempatan
Tiada peralatan moden
amalan bergotong-royong
Tiada lebihan hasil
Melakukan pelbagai jenis kerja pada masa yang sama. Pekerjaan melibatkan semua anggota keluarga termasuklah kanak-kanak. Kanak-kanak biasanya akan melakukan kerja-kerja yang lebih ringan. Contoh, menjemur ikan, menganyam tikar dan memungut rotan
Tertumpu di kawasan berhampiran dengan laut, pinggir sungai atau kawasan pedalaman. Jika penempatan di kawasan berhampiran laut, maka kegiatan utamanya ialah aktiviti perikanan. Pertanian lebih dekat dengan masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman. Hasil bumi seperti rotan, buluh, damar, kabung, mengkuang dan pinang
Menggunakan peralatan tradisional. Alatan tersebut akan dibuat sendiri. Sebagai contoh, bubu yang diperbuat daripada rotan dan digunakan untuk menangkap ikan
Seperti aktiviti berderau menjadi satu daripada ciri asas kehidupan. Berderau merupakan amalan yang dilakukan bersama atau secara berkumpulan. Hal ini untuk memudahkan serta mempercepatkan penyiapan sesuatu kerja. Dapat mempereratkan hubungan antara anggota masyarakat. Biasanya dilakukan untuk kegiatan pertanian seperti menanam pad
Tidak mempunyai insentif untuk menghasilkan lebihan hasil. Sebab kekurangan tenaga buruh kerana mengharapkan tenaga buruh daripada ahli keluarga. Tiada ternakan yang boleh melakukan kerja membajak
Penggunaan wang dalam kegiatan ekonomi
Ekonomi komersial merujuk kepada aktiviti ekonomi yang menjurus kepada lebihan pengeluaran. Hasil yang dikeluarkan akan dieksport dan dijual kepada pedagang bagi mendapatkan keuntungan. Pada abad ke-15, corak ekonomi masyarakat peribumi telah memasuki era komersial. Pelbagai ciri ekonomi komersial yang dapat diperlihatkan
Wujud penggunaan wang dalam urusan jual beli. Barang berharga yang dijual seperti emas, perak dan tembaga. Wujud penggunaan wang syiling yang mempunyai nama pemerintah
urusan jual beli dijalankan di tempat tertentu
Berniaga di pasar atau di pelabuhan. Terdapat juga di luar pelabuhan dengan menggunakan perahu atau kapal kecil. Tempat seperti kuala sungai sering menjadi tumpuan para pedagang. Mempunyai pelabuhan yang dapat menjadi persinggahan kapal dagang. Pelabuhan juga lengkap dan memberi keselesaan kepada para pedagang
melibatkan semua lapisan masyarakat
Dijalankan oleh rakyat biasa yang dikenali sebagai pejaja. Biasanya berniaga di pasar. Golongan pembesar juga terlibat secara tidak langsung. Menjadi pemodal dengan melantik wakil-wakil tertentu untuk menjalankan dan menguruskan perniagaan mereka. Wakil-wakil tersebut dikenali sebagai kiwi. Orang kiwi terdiri daripada orang mahir dalam mengendalikan urusan perniagaan. Pembesar juga ditugaskan untuk menjaga laluan pedagangan
wujud aktiviti perdagangan
Giat dijalankan di muara sungai yang menjadi pelabuhan pesinggahan. Terdapat empat buah pelabuhan yang menjadi pelabuhan persinggahan. Antaranya ialah Kedah, Melaka, Kelang dan Johor Lama. Sering menjadi pelabuhan persinggahan utama bagi saudagar. Saudagar sering datang dari Asia Tenggara, India, Arab dan China
kemasukan pelabuhan asing untuk tujuan eksport
Pihak British membawa masuk pelabur asing untuk melabur. Mereka melabur dalam sektor penting seperti perlombongan dan perladangan. Membawa kepada pembukaan lombong bijih timah dan ladang getah yang diusahakan para pemodal asing
ekonomi tradisinal
ekonomi komersial