Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
FENOMENA DAN MANIFESTASI RELATIVISME PASCAMODEN - Coggle Diagram
FENOMENA DAN MANIFESTASI RELATIVISME PASCAMODEN
PENGERTIAN
Relativisme merupakan satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu perkara yang bersifat tidak tetap dan mutlak dan boleh berubah mengikut suasana persekitaran
Ahli falsafah dapat mengenal pasti bahawa terdapat pelbagai jenis Relativisme bergantung kepada apa yang didakwa atau sesuatu budaya masyarakat setempat, moral dan metodologi
Berasal dari kata Latin, RELATIVUS yang bermaksud nisbi atau relatif
Doktrin bahawa ilmu pengetahuan dan nilai moral ditentukan secara berkait dengan budaya, masyarakat dan konteks pensejarahan
TEORI RELATIVISME
Menganggap kebenaran boleh dilihat dari pelbagai sudut
Sebagai contoh dalam ilmu sains kita boleh menerima teori A sebagai benar dan di suatu sudut yang lain teori B juga benar. Jadi kita menganggap bahawa kebenaran itu bukannya bersifat suatu yang mutlak, maka ini bermakna bahawa kita boleh menerima pelbagai sudut pandangan atas dasar bahawa tidak wujud suatu kebenaran yang mutlak, tetapi wujud cara-cara yang berbeza untuk memahami akan hakikat kebenaran itu.
Teori yang menolak sesuatu kebenaran yang objektif
Menafikan universalisme - Tidak wujud satu persetujuan sejagat berkenaan kebenaran, kebaikan dan lai-lain
KRITIKAN TERHADAP FAHAMAN RELATIVISME
Fahaman Relativisme yang mengatakan bahawa tidak wujud satu kebenaran yang mutlak adalah suatu kenyataan yang menafikan kebenarannya sendiri
Jika kita mengatakan bahawa tidak ada kebenaran yang mutlak, maka adakah pandangan ini juga merupakan suatu pandangan yang mana ia bukan kebenaran yang mutlak? Jadi kenyataan itu sebenarnya telah menafikan dirinya sendiri. Apabila kita katakan bahawa kenyataannya adalah “tidak ada kebenaran yang mutlak” tetapi adakah kenyataan yang sebegitu juga boleh dianggap sebagai “tidak benar secara mutlak”?
Fahaman Realativisme itu sendiri telah dikritik oleh ahli-ahli falsafah
Jadi fahaman relativisme sebenarnya secara logik tidak mempunyai asas logik yang kuat.
CABARAN IDEOLOGI RELITIVISME PASCAMODEN
Etika
Psikologi/Sosiologi
Agama
Politik/Ekonomi