Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Ciri-Ciri Khusus Agama Islam - Coggle Diagram
Ciri-Ciri Khusus Agama Islam
Rabbaniyah (Ketuhanan)
Matlamat dan Tujuan
Matlamat : Menjadikan hubungan yang baik dengan Allah, pengabdian kepada Allah dan mendapat keredhaanNya sebagai matlamat terakhir kehidupan.
Tujuan : Kesemua ajaran Islam yang baik yang bersangkutan dengan aqidah, muamalat, akhlak dan lain-lainnya adalah bertujuan untuk menyiapkan manusia supaya menjadi hamba kepada Allah semata-mata.
Kesan Rabbaniyah Terhadap Jiwa Manusia
» Mengetahui matlamat hidup manusia di dunia.
» Mengenal fitrah.
» Selamat dari pertentangan dengan diri sendiri.
» Bebas dari perhambaan sifat ananiah dan runtuhan hawa nafsu.
Definisi
Islam ini datangnya daripada Allah yang bersifat Rab. Manusia hanya sebgaia pelaksana kepada segala ketentuan yang telah ditetapkan. Seseorang itu disebut rabbani apabila mempunyai hubungan dengan Allah.
Rabbani dari Manhaj dan Sumber
Rabbani dari sudut manhaj membawa erti manhaj ini adalah Rabbani kerana ia bersumberkan dari wahyu Allah kepada Muhammad s.a.w. Sumber ajaran Islam ialah Allah yang mensyariatkan hukum dan cara pelaksanannya. Oleh itu Islam ialah wahyu Allah kepada Nabi Muhammad. Sumber Rabbani juga merupakan asas pembentukan dan perkembangan individu dan masyarakat.
Kesan Sumber dan Mahaj Rabbani.
» Islam terhindar dari segala bentuk kekurangan
» Terhindar dari pengaruh kekayaan
» Islam sesuai untuk manusia
» Mendapat penghormatan dan kehormatan.
Syumuliyyah (Menyeluruh)
Definisi
Ajaran Islam lengkap dan menyeluruh. Ruang lingkup ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa terkecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah kepada sebesar-besar perkara
Sudut Kesyumulan Islam
Keadilan
:
Islam telah memperjuangkan keadilan.
Keadilan dalam Islam adalah memberikan hak kepada yang berhak tanpa sebarang kekurangan.
Keadilan adalah wajib diberikan kepada semua insan baik muslim, ahli keluarga atau bukan ahli keluarga.
Kehakiman
:
Islam menentukan di dalam perhubungan permasalahan sesama manusia amat memerlukan seorang hakim yang dapat menghukum dan menyelesaikan perselisihan mereka serta dapat mengembalikan hak kepada yang berhak.
Islam telah menetapkan bahawa kehakiman merupakan fardhu dimana setiap hakim muslim mestilah menjatuhkan hukuman mengikut syariat yang telah ditentukan oleh Allah.
Undang-Undang
:
Islam telah mengemukakan undang-undang kepada manusia untuk mengatur hubungan sesama manusia.
Islam telah menjelaskan hukuman-hukuman terhadap mereka melanggar hukuman sama ada yang berkait rapat dengan sivil atau jenayah seperti hukuman hudud dan qisas.
Negara
:
Islam telah menjelaskan soal hukum-hakam berkenaan persoalan negara.
Islam bukanlah teratas dalam lingkungan hubungan manusia dengan Allah sahaja, malah menyusun hubungan manusia sesama manusia dan hubungan jamaah dengan jamaah yang lain.
Akhlak
:
Islam amat mengambil berat soal akhlak.
Pengambilan berat Islam terhadap akhlak jelas dengan apa yang digariskan oleh al-Quran tentang sifat-sifat dan akhlak yang perlu dimiliki oleh orang-orang yang beriman.
Ilmu
:
Ilmu yang dimaksudkan ialah makrifat dan mengenali hakikat sesuatu dengan tepat dan mengetahui sesuatu yang diturunkan oleh Allah, mengetahui tujuan manusia diwujudkan oleh Allah dan kehidupan akhirat yang mengakhiri manusia.
Ilmu yang paling tinggi dalam Islam ialah ilmu yang membawa kepada mengenali Allah.
Waqi'yyah (Realiti)
Penerangan
Ajaran Islam sentiasa seiring dengan kenyataan hidup manusia. Dalam menetapkan sesuatu hukum atau peraturan, Islam sentiasa mengambil kira realiti semasa, setempat dan adat yang diamalkan.
Definisi
Islam adalah mengikut suasana dan tempat. ajaran Islam bersifat praktikal dan realistik iaitu bersesuaian dengan realiti kehidupan manusia.
Contoh
Jika sesuatu masyarakat telah mengamalkan sesuatu adat atau budaya tertentu dalam menjalankan aktiviti ekonomi atau perniagaan antara mereka, dan adat itu pula tidak mendatangkan sebarang keburukan dan tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam, maka ia diiktiraf dan diterima dalam Islam.
Inqillabiyah (Merubah)
Definisi
tertegaknya Islam dengan runtuhnya jahiliyah.Ini bermaksud, kita sepatutnya bukan sekadar mengajak orang kepada kebaikan dan pada masa yang sama tidak cuba menghapuskan kemungkaran yang semakin bermaharajalela.
Penerangan
Inqilabiyah ialah melaksanakan perubahan sepenuhnya iaitu dengan mencabut dan meruntuhkan jahiliyyah serta membangunkan atau menegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah itu.
Mesti bersifat tajarrud, iaitu membebaskan diri daripada prinsip lain daripada Islam.
3 Tawazun (Seimbang)
Penerangan
Islam tidak membenarkan umatnya mementingkan diri sehingga mengabaikan kepentingan masyarakat dan begitu juga sebaliknya. Islam juga tidak membenarkan umatnya mementingkan aspek kerohanian semata-mata sehingga mengabaikan aspek jasmani dan kebendaan dan begitu juga sebaliknya.
Definisi
Ajaran Islam memberikan perhatian yang seimbang kepada semua aspek kehidupan manusia; dari segi individu dan masyarakat, rohani dan jasmani, kebendaan dan kerohanian serta dunia dan akhirat.
Contoh
Seseorang tidak dibenarkan beribadat sepanjang masa sehingga mengabaikan keperluan menjaga kesihatan tubuh badan atau mencari rezeki yang halal. Begitu juga sebaliknya, umat Islam tidak dibenarkan mencari rezeki sehingga mengabaikan kepentingan beribadat kepada Allah