Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Ciri ciri ekonomi tradisional di Vietnam - Coggle Diagram
Ciri ciri ekonomi tradisional di Vietnam
Aktiviti pertanian sara diri
Pada zaman tradisional, Vietnam menjalankan kegiatan ekonomi yang lebih memberi tumpuan kepada pertanian sara diri
Tanaman utama ialah padi sawah.
Daripada jumlah keseluruhan kawasan pertanian, sebanyak 5/6 telah dijadikan kawasan untuk penanaman padi.
75 peratus daripada penduduk Vietnam telah rnenjalankan kegiatan penanaman padi. Penduduk Vietnam mengusahakan tanaman padi sebagai aktiviti sara diri bagi menampung keperluan bekalan makanan seharian.
Kawasan penanaman padi sawah yang utama ialah Delta Mekong dan Delta Song-koi (Sungai Merah) yang merupakan kawasan tanah tartar yang subur.
Delta Song-koi di Utara Vietnam mengairi kawasan penanaman padi menggunakan sistem tali air serta menggunakan baja asli (najis haiwan) bagi meningkatkan kesuburan tanah.
Sistem tali airnya telah dibina sepanjang 1000 batu untuk mengairi kawasan kering. Hal ini membolehkan penanaman padi dua kali setahun dijalankan.
Selain padi, tanaman Iain yang diusahakan iatah ubi keledek, jagung, kekacang dan buah-buahan.
Jika terdapat lebihan hasil, ianya akan ditukarkan untuk mendapatkan barang keperluan yang Iain.
Ekonomi sampingan (perusahaan/pertukangan/perikanan)
Penduduk Vietnam menjalankan kegiatan perusahaan secara kecil-kecijan melibatkan kegiatan anyaman, tenunan, pertukangan
dan membuat tembikar.
Masyarakat Vietnam kurang berhubung dengan orang luar. Hal ini kerana mereka tidak gemar mendedahkan kemahiran yang mereka miliki melibatkan aktiviti perusahaan kepada masyarakat luar.
Kegiatan pertukangan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan petani. Hal ini kerana, golongan tukang dikecualikan membayar cukai dan menyertai kerahan
seperti yang diwajibkan kepada petani-petani yang lain.
Pembayaran cukai digantikan dengan membekalkan pertukangan kepada maharaja.
Kegiatan perikanan merupakan aktiviti sara diri yang turut dijalankan oleh golongan petani.
Kawasan perikanan yang utama dijalankan di Tasik Tonle Sap yang membekalkan ikan air tawar kepada masyarakat Vietnam.
Ikan yang diperolehi dibawa ke Dataran Mekong menggunakan perahu melalui jalan dataran lumpur atau Snoc Trou.
Hasil tangkapan ikan yang berlebihan daripada keperluan keluarga akan disatai, dijeruk dan dikeringkan untuk diperdagangkan
Teknologi tradisional
Ekonomi Vietnam lebih bersifat primitif. Tiada usaha yang dilakukan untuk mernajukan kegiatan pertanian terutamanya melibatkan sebarang penggunaan teknologi moden
Kebenyakan kegiatan pertanian dikendalikan deh tenaga manusia dan dibantu oleh binatang seperti kerbau dan lembu yang menarik tenggala untuk menggembur dan membajak tanah.
Alatan pertanian secara tradisi digunakan dalam penanaman padi dan kegiatan pertanian yang Iain seperti sabit, penyisir, tajak dan lain-lain.
Petani yang tinggal di Delta Mekong tidak terdedah dengan teknologi pengairan. Taburan hujan yang kurang serta pengairan yang kurang sempurna menyebabkan petani bergantung kepada musim hujan semata-mata. Akibatnya
hanya dapat menjalankan penanaman padi sekali dalam setahun.
Di Delta Sungai Song-koi, petani bergantung kepada sistem parit dan tali air untuk mengawal banjir dan mengairi pertanian yang kering.
Teknologi kawalan air dan penggunaan sistem roda yang digerakkan oleh binatang yang diambil dari China membolehkan petani di
kawasan Delta Sungai Song-koi menanam padi dua kali
Tanah dikuasai tuan tanah
Keseluruhannya, masyarakat Vietnam terutamanya gologan petani hidup dalam keadaan untuk memenuhi keperluan diri dan
keluarga sahaja.
Hal ini kerana, kegiatan pertanian di Vietnam dikuasai sepenuhnya oleh tuan-tuan tanah yang kaya.
Petani yang menyewakan tanah sering ditindas oleh tuan-tuan tanah mereka.
Para petani dikehendaki membayar cukai yang tinggi dan menyurnbangkan tenaga antara 20 hingga 60 hari setahun kepada kerajaan pusat.
Mereka turut dikerah untuk membina dan menyiapkan terusan untuk aktiviti pertanian secara percurna tanpa sebarang bayaran.