Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ASAS SINTAKSIS - Coggle Diagram
ASAS SINTAKSIS
KATA
- ialah konstituen bagi frasa dan bentuk bahasa yang mengandungi makna atau fungsi tatabahasa.
contoh : makan, cantik.
- kata terbahagi kepada dua iaitu kata utama dan kata bukan utama.
- golongan kata utama ialah kata nama, kata kerja dan kata adjektif.
- golongan kata bukan utama ialah kata tugas seperti kata hubung, kata sendi nama, kata pemeri, kata bantu, kata penguat dan sebagainya.
AYAT
- ialah unit yang paling tinggi letaknya dalam tatatingkat tatabahasa.
- ayat mengandungi makna lengkap dan diucapkan dengan intonasi sempurna.
- ayat juga dikenali sebagai ayat minimal yang bermaksud ayat yang mengalami pengguguran.
contoh : Masuk.
KLAUSA
- ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi konstituen kepada ayat.
contoh : Kamal hilang.
- klausa bersamaan dengan ayat
- klausa merupakan binaan ayat yang belum diberikan intonasi ayat dan boleh menjadi ayat atau konstituen dalam ayat.
FRASA
- ialah binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu kata yang berpotensi untuk menjadi unit yang besar.
- terdiri daripada susunan kata ataupun hanya satu kata yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua kata atau lebih.
- contoh : kereta baharu boleh diperluas menjadi kereta baharu abang atau kereta baharu abang ipar
BINAAN AYAT
- binaan ialah konstruksi.
- ayat ialah satu binaan.
- binaan ayat ialah susunan kata, frasa atau klausa yang gramatis dan bermakna.
- setiap binaan ayat mengandungi unsur bahasa yang bermakna.
- binaan ayat terbentuk daripada susunan rangkai kata.
contoh :
Anak muda itu paling rajin. (Binaan ayat)
Anak muda itu rajin paling. (Bukan binaan ayat)
-
KONSTITUEN
- ialah unsur bahasa yang membentuk sesuatu binaan.
- konstituen ialah bahagian atau komponen sesuatu ayat.
- contoh :
Pemain itu (konstituen 1) menangkap bola. (konstituen 2)
Pemain (konstituen 1), itu (konstituen 2), menangkap (konstituen 3), bola (konstituen 4)
-
Pengertian
- Perkataan sintaksis berasal daripada perkataan Yunani, iaitu sun yang bererti "dengan" dan tattein yang bererti "menempatkan bersama-sama."
- Menurut Tatabahasa Dewan (2010), sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat.