Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
golongan diperintah - Coggle Diagram
golongan diperintah
RAKYAT BIASA
Terdiri daripada masyarakat peribumi yang menetap di sesuatu kawasan. biasanya di kawasan luar istana atau kampung kampung kecil di kawasan lembah sungai
Kebanyakan mereka ialah petani, nelayan, pedagang dan tukang. Mereka tidak mempunyai sebarang kuasa politik dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam pentadbiran kerajaan
rakyat biasa yang menjadi ahli tenun, penghibur diraja, pemain sandiwara, bomoh, dukun, pawang dan guru agama , bomoh , dukun , dan pawang mahir dalam bidang perubatan tradisional
mempunyai kebolehan untuk mengubat dan menyembuhkan penyakit serta berpengetahuan dalam ilmu perubatan tradisional. Disebabkan kebolehan itu, terdapat dalam kalangan mereka yang diangkat menjadi pemimpin dalam masyarakat kampung.
GOLONGAN HAMBA
Menduduki hierarki paling bawah dalam susun lapis masyarakat. Mereka tidak boleh bertindak mengikut kemahuan sendiri kerana dikawal oleh peraturan dan perintah yang ditentukan oleh pemilik (tuan) mereka.
menjadi hamba kepada pembesar dan orang kaya dengan melakukan pelbagai tugas seperti mencuci perahu, mencari ayu api dan menjadi askar
berfungsi untuk (a) menyediakan tenaga manusia bagi menyokong dan menjalankan pelbagai kerja dalam masyarakat (b) menyumbangkan tenaga untuk menambahkan harta tuannya. (c) menjadi pegawai kepada tuannya. (d) melambangkan ketinggian taraf sosial orang yang memilikinya.
Dalam masyarakat Melayu tradisional, terdapat tiga jenis hamba, iaitu hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa
konsep ringkas
golongan paling ramai dan terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu rakyat biasa atau rakyat asing yang bebas (merdeheka), dan golongan hamba
mempunyai peranan penting dari aspek fizikal dan tradisi kemasyarakatan, khususnya dalam mendukung institusi beraja dan pembesar. Mereka tidak terikat dengan pihak kerajaan ataupun pihak atasan.
berperanan sebagai pengikut atau pengiring pembesar peringkat pusat atau menjadi penyokong pentadbir peringkat jajahan takluk.
RAKYAT ASING
terdiri daripada orang bukan Melayu yang datang ke Tanah Melayu untuk beberapa tujuan tertentu seperti pedagang. mubaligh dan senteri.
Terdapat rakyat asing yang terus bermastautin dan berkahwin dengan penduduk tempatan. Namun ada juga yang tinggal secara sementara sehingga segala urusan mereka selesai
terlibat dalam pelbagai kegiatan sosial seperti menjadi tentera upahan kerajaan atau menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjadi pelombong bijih timah, pedagang runcit dan pedagang borong.
PERANAN HAMBA
Hamba abdi dan hamba berhutang biasanya berkhidmat untuk tuan mereka sebagai pengikut dan sebahagiannya pula terlibat dalam membuat kerja-kerja rumah
Hamba berhutang terlibat dalam kegiatan ekonomi seperti pertanian dan perlombongan. 3 Hamba lelaki biasanya memikul tugas yang lebih berat seperti dalam pertahanan dan kerja-kerja pertanian (membajak, menanam, menuai dan memugar hutan baharu) atau melombong bijih timah. Terdapat juga hamba lelaki yang dibawa mengikut tuannya berdagang.
Hamba perempuan biasanya membuat kerja-kerja di rumah dan menjadi dayang di istana. Mereka juga menjadi tukang masak, mengasuh anak, mencuci, mengambil air, membelah kayu dan menganyam. Kadang kala mereka dihantar ke sawah untuk menuai padi.