Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) =Proses pendidikan yang menyeluruh…
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
=Proses pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu (JERI)
ELEMEN-ELEMEN DALAM FPK
Pendidikan suatu usaha berterusan
proses pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran, serta penyerapan nilai murni supaya menjadi insan yang berimu pengetahuan, bertenaga mahir dan berakhlak mulia.
Memperkembang potensi individu
Memperkembangkan potensi individu seperti intelek, jasmani, emosi dan rohani sejak lahirnya.
Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
untuk membentuk insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berakhlak mulia dengan sempurna, aktiviti kokurikulum harus juga diberi penekanan, di samping kurikulum akademik yang dilaksanakan dalam bilik darjah.
Insan yang seimbang dan harmonis
individu yang memiliki kesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab diri, keluarga dan negara.
Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
kepercayaan bahawa manusia dan alam sekitar tidak tercipta sendiri tetapi Penciptanya dan hukum-huksm Tuhan.
Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
mengalakkan rakyat memiliki sikap cintakan ilmu pengetahuan.
Rakyat Malaysia yang berketerampilan
sentiasa berkongsi ilmu pengetahuan dan kemahiran demi kemajuan negara dengan cekap dan sempurna.
Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
rakyat malaysia yang mengetahui mana nilai bbaik dan mana yang buruk
Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab
Rakyat yang mempunyai tanggungjawab yang sempurna terhadap Tuhan, bangsa dan negara dan melaksanakan tugas dengan cekap, bersih dan amanah.
Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri
Rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri ialah rakyat yang memiliki keupayaan seperti daya katahanan diri yang kuat untuk menangani cabaran hidup dari semasa ke semasa, berfikiran waras dengan jiwa tenang dan tubuh badan yang sihat dan memperoleh kemahiran untuk mewujudkan perhubungan yang baik
Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan
melalui latihan, rakyat boleh menggnunakan tenaganya yang mahir, produktif dan inovatif untuk mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara.
6 MATLAMAT FPK
Percaya dan patuh kepada Tuhan
Berakhlak mulia
Bertanggunjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara
Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum
Beilmu pengetahuan
Perubahan sukatan subjek pelajaran yang berterusan kepada program bersepadu seperti Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
Mengalami perubahan dari segi bahan-bahan pengajaran yang lebih menitikberatkan nilai-nilai murni yang diserapkan kedalam semua subjek bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
Sistem pendidikan negara kita mula berorientasikan ke arah pendidikan umum dan perubahan sukatan pelajaran yang sesuai bagi mengasah kemahiran pelajar dalam bidang teknologi, teknik dan vakosional
KESAN TERHADAP KURIKULUM SEKOLAH
IMPLIKASI TERHADAP PENDIDIK
Perubahan peribadi pendidik selari pandangan dan visi positif dalam menjalankan tugas atau profesional bagi mencapai tujuan dan matlamat FPK
Melahirkan pendidik yang inovatif, berpengetahuan luas, berakhlak mulia dan berketerampilan.
KESAN TERHADAP INSTITUSI PENDIDIKAN
Perubahan kemudahan-kemudahan agar pelajar dapat mengembangkan bakat yang ada dalam diri mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial, dan jasmani secara seimbang.
Aktiviti budaya sekolah mengalami perubahan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa para pelajar.
Perubahan iklim sekolah yang kondusif mampu melahirkan para pelajar yang menghargai ilmu dan melahirkan budaya-budaya positif seperti budaya membaca.