Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
konsep dan susun lapis masyarakat ( GOLONGAN MEMERINTAH ) - Coggle Diagram
konsep dan susun lapis masyarakat ( GOLONGAN MEMERINTAH )
konsep
pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa lapisan atau kelas sosial yg berlainan kedudukan dn disusun dlm satu hierarki
taraf kedudukan biasanya ditentukan oleh beberapa faktor seperti keturunan, hubungan kekelurgaan, pangkat dan kedudukan, kewibawaan serta tugas
susun lpis masyarakat ini melibatkan kedudukan yg berbeza dan tidak bersifat setaraf dari segi kekayaan,kekuasaan, gaya hidup , hak dan tanggungjawab
Susun lapis masyarakat Melayu tradisional bercorak hierarki. Wujud dua kelas utama dalam masyarakat, iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. 2 Golongan pemerintah merupakan kelas atasan yang dikenali juga sebagai golongan bangsawan. Golongan diperintah pula Ialah kelas bawahan, iaitu rakyat jelata.
Bilangan golongan ini tidak ramai tetapi mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat dan Golongan pemerintah menerima penghormatan dan ketaatan berdasarkan taraf dan kedudukan masing-masing dalam masyarakat. Mereka bertanggungjawab menjalankan urusan pentadbiran negeri.
SULTAN/RAJA/YANG DIPERTUAN BESAR
MERUPAKAN PEMERINTAH TERTINGGI DALAM PENTADBIRAN NEGERI
emerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri. Baginda dibantu oleh kerabat diraja dan para pembesar dalam urusan pemerintahan negeri dan seluruh jajahan takluknya.
lambang perpaduan negeri, sumber segala gelaran dalam negeri serta bertanggungjawab menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan dan memajukan negeri dan mewakili negeri dalam urusan luar negeri dan pertahanan.
mempunyai kuasa mutlak terhadap rakyat jelata. Baginda mesti dihormati dan segala titah perintahnya dipatuhi. Sesiapa yang ingkar dianggap menderhaka atau melakukan kesalahan dan akan dikenakan hukuman yang amat berat atau dipercayai akan mend balasan buruk.
KELUARGA DAN KERABAT DIRAJA
golongan anak raja dan kerabat diraja, iaitu mereka yang bergelar 'Raja' atau 'Tengku', Anak raja tidak semestinya putera atau puteri raja yang memerintah kerana mereka juga boleh terdiri daripada keturunan kerabat diraja
Golongan anak raja ini tidak ramai tetapi mempunyai kuasa tertentu apabila diberi sesuatu tugas rasmi negeri. Terdapat juga putera raja yang dilantik menjadi pembesar daerah atau raja di jajahan takluk.
Putera dan puteri raja juga menikmati keistimewaan seperti yang dimiliki oleh raja, namun tidak boleh mengatasi keistimewaan raja sebagai ketua pemerintah
GOLONGAN BANGSAWAN DAN PEMBESAR
Terdiri daripada para pembesar dan kaum kerabat yang amat berpengaruh dalam kalangan pemerintah dan pentadbir
Mereka biasanya menjadi pentadbir, iaitu membantu sultan dalam pentadbiran negeri. Mereka juga menjadi penasihat atau pembesar di daerah tertentu.
dilantik oleh sultan melalui pemberian surat tauliah. Pemilihan pembesar ditentukan oleh zuriat keturunan; biasanya anak lelaki atau sanak saudara sebelah bapa kepada pembesar yang terdahulu.
Pembesar yang diberi hak untuk mentadbir biasanya dapat mempertahankan daerah itu dengan kekuatan sendiri tanpa sokongan sultan kerana mereka bertindak seperti seorang raja dalam jajahannya sendiri
Golongan Ulama dan Pendeta I Golongan ulama dianggap pakar dalam bidang agama Islam. Mereka mempunyai kedudukan yang istimewa dan sangat berpengaruh dalam masyarakat.
GOLONGAN ULAMA DAN PENDETA
dianggap pakar dalam bidang agama Islam. Mereka mempunyai kedudukan yang istimewa dan sangat berpengaruh dalam masyarakat.
dilantik menjadi guru, ketua agama, dan kadi dan berperanan menyebarkan agama Islam, menasihati sultan dan kerajaan dalam urusan agama terutama tentang hukum syarak serta memberi panduan dalam mengeluarkan fatwa tentang sesuatu isu agama
Golongan pendeta tidak ramai bilangannya. Mereka mempunyai kepakaran dalam bidang seperti kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat, dan salasilah raja. Mereka sering menjadi pakar rujuk kepada raja dan golongan istana, penulis dan perawi diraja.
PENGHULU
ketua pentadbir di peringkat kampung yang dilantik dalam kalangan rakyat biasa. Beliau menjadi orang perantaraan antara golongan atasan dengan rakyat biasa.
menjalankan perintah yang diarahkan oleh pembesar daerah dan mewakili penduduk kampung untuk menyuarakan pandangan atau masalah yang dihadapi. Beliau amat berpengaruh dan memiliki kuasa penuh terhadap anak-anak buahnya.
idang tugas penghulu termasuklah menyelesaikan pertikaian yang timbul dalam kalangan anak buahnya, memelihara keamanan kampung, mengarah rakyat untuk melaksanakan arahan pemerintah, dan menjadi lambang perpaduan kampung.