Rakyat jelata yang tidak bebas. Terdapat tiga jenis hamba iaitu hamba raja, hamba abdi dan hamba berhutang. Hamba raja dikenali sebagai biduanda. Individu yang menyerah diri kepada raja setelah melakukan kesalahan. Melakukan pekerjaan di istana dan dilepaskan dengan izin raja. Hamba abdi menjadi hamba seumur hidup. Terdiri daripada hamba serah, hamba tawanan, hamba diranggah, hamba habsyi dan hamba hulur. Hamba berhutang merupakan rakyat biasa yang menjadi hamba kerana gagal melangsaikan hutang dalam tempoh yang telah ditetapkan. Terdiri daripada hamba waris, orang berhutang, anak emas dan hamba bayar