Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ANYAMAN TIKAR KERTAS - Coggle Diagram
ANYAMAN TIKAR KERTAS
2.0 PROFIL MURID
2.1 KECERDASAN PELBAGAI (KB)
1. Kecerdasan kinestatik
Kecerdasan kinestatik adalah kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan tubuh badan untuk melakukan sesuatu. Dalam aktiviti anyaman tikar dapat dikaitkan kanak-kanak akan menggunakan motor halus untuk melakukan aktiviti seperti menyusun mengikut urutan dan warna.
2. Kecerdasan interpersonal
Kederdasan interpersonal adalah kemahiran berkomunikasi dengan individu yang tak dikenali dan bekerjasama bersama individu secara praktikal. Kemahiran ini dapat dikaitkan dengan elemen merentas kurikulum iaitu keusahawanan yang memerlukan keberanian kanak-kanak untuk berkomunikasi dengan komuniti dan orang di sekeliling
3. Kecerdasan visual-ruang
Kecerdasan visual ruag bermaksud kebolehan berfikir secara gambaran, imej bentuk dan corak. Aktiviti anyaman tikar yang dapat dikaitkan dengan kecerdasan visual-ruang dalam menghasilkan anyaman tikar secara visual dan membentuk kraf secara individu
2.3 INVENTORI MINAT KERJAYA (IMK)
2.3.1 Artistik
Aktiviti seni iaitu anyaman tikar dapat mendedahkan kanak-kanak dalam bidang seni. Hal ini demikian dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk kreatif, inovatif dan artistik pada pekerjaan seni.
2.2 PROFIL MURID MELALUI
PERLAKSANAAN KBAT
2.2.1 Bersifat ingin tahu
Aktiviti anyaman tikar adalah salah satu aktiviti yang mendidik kanak-kanak untuk berdikari dalam menghasilkan kraf serta memberi pengetahuan tentang kraf tradisional di Malaysia. Aktiviti ini mengajar untuk menghargai kraf tradisional zaman dahulu yang masih dikekalkan sehingga zaman kini.
2.2.2 Patriotik
Sokongan patriotik yang dapat ditunjukkan melalui aktiviti anyaman tikar. Selain itu, menghargai kraf tradisional dan pembuatan kraf secara semulajadi yang menggunakan bahan semulajadi, tenaga manusia dan kemahiran semulajadi.
1.0 ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)
1.1 KREATIVITI DAN INOVASI
1.1.1 Kreativiti
Mencipta sesuatu yang baharu mengikut kreativiti iaitu anyaman tikar menggunakan kertas warna
Unsur Seni
1. Unsur garisan
Anyaman tikar menggunakan garisan lurus. Sebagai contoh kertas warna yang berbentuk segi empat sama
2. Unsur Jalinan
Anyaman tikar yang tampak iaitu boleh dilihat dan timbul serta boleh disentuh semasa melakukan aktiviti.
3. Unsur warna
Anyaman tikar yang menggunakan warna primer dan sekunder.
1.1.2 Inovasi
Inovasi bermaksud pengubahsuaian, membaiki dan mempraktikan idea. Anyaman tikar adalah salah satu kraf tradisional yang terkenal di Malaysia oleh itu diambil sebagai rujukan untuk melakukan aktiviti seni. Namun daripada anyaman tikar boleh di inovasi kepada pencil case. Bahan dan alat yang diggunakan masih sama namun kraf yang dilakukan di tukar kepada alat yang boleh berfungsi seperti pencil case.
1.2 KEUSAHAWAN
Keusahawan diterapkan dalam EMK adalah untuk membentuk ciri-ciri dan amalan usahawan yang membentuk budaya di kalangan kanak-kanak.
Aktiviti seni iaitu anyaman tikar yang dapat dikaitkan dengan keusahawanan adalah kanak-kanak diberi peluang untuk melakukan aktiviti jual beli.
Sebagai contoh: Aktiviti menjual hasil kraf tikar atau pencil case yang dibuat oleh kanak-kanak kepada rakan kelas, guru, ibu bapa dan komuniti.
4.0 PENERAPAN NILAI DAN KEMAHIRAN BERFIKIR
4.2 KB
-Membuat urutan
-Menjana idea
-Mereka cipta
4.1 PN
1.Bertanggungjawab
Berdikari
Kerajinan
Keberanian
3.0 ALAT DAN BAHAN
-Kertas warna
-Gunting
-Gam