Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Sistem Sosial - Coggle Diagram
Sistem Sosial
Susun Lapis Masyarakat
Susun lapis masyarakat Melayu tradisional bercorak hierarki.
Terdapat 2 jenis golongan dalam masyarakat; golongan pemerintah dan golonagn diperintah.
Golongan pemerintah merupakan kelas atasan yang dikenali sebagai golongan bangsawan.
Golongan diperintah pula merupakan kelas bawahan iaitu rakyat jelata.
Golongan Pemerintah
• Terdiri daripada sultan, raja atau Yang Dipetuan Besar, keluarga dan kerabat diraja serta pembesar negeri, iaitu golongan bangsawan, ulama, pendeta, dan penghulu.
Golongan pemerintah menerima penghormatan dan ketaatan berdasarkan taraf dan kedudukan masing-masing dalam masyarakat.
Bertanggungjawab dalam menjalankan urusan pentadbiran negeri.
Sultan/ Raja
• Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri. Dalam urusan pentadbiran, baginda dibantu oleh kerabat diraja atau para pembesar. Baginda memiliki kuasa dan kewibawaan untuk menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri serta seluruh jajahan takluknya.
• Berperanan sebagai lambang perpaduan negeri, menjadi sumber segala gelaran dalam negeri, bertanggungjawab menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan, dan memajukan negeri. Sultan atau raja mempunyai kuasa mutlak terhadap rakyat jelata.
Keluarga dan Kerabat Diraja
• Golongan anak raja dan kerabat diraja, iaitu mereka yang bergelar ‘Raja’ atau ‘Tengku’.
• Golongan ini tidak ramai tetapi mempunyai kuasa tertentu apabila diberi sesuatu tugas rasmi negeri.
Golongan Bangsawan dan Pembesar
• Terdiri daripada para pembesar dan kaum kerabat yang amat berpengaruh dalam kalangan pemerintah atau pentadbir.
• Pembesar dilantik oleh sultan melalui pemberian surat tauliah. Pembesar yang diberi hak untuk mentadbir biasanya dapat mempertahankan daerah itu dengan kekuatan sendiritanpa sokongan sultan.
Golongan Ulama dan Pendeta
• Dianggap sebagai golonagn cerdik pandai. Golongan ini sering menjadi sumber rujukan dalam perkara-perkara tertentu yang memerlukan khidmat nasihat mereka. Golongan ulama pakar dalam bidang agama Islam. Dilantik menjadi guru, ketua agama dan kadi. Mereka berperanan menyebarkan agama Islam. Disamping itu, mereka juga bertanggungjawab menasihati sultan dan kerajaan dalam urusan agama.
• Golongan pendeta mempunyai kepakaran dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat, dan salasilah raja.
Penghulu
• Ketua pentadbir di peringkat kampung yang dilantik dalam kalangan rakyat biasa. Penghulu menjalankan perintah yang diarah oleh pembesar daerah dan mewakili penduduk kampung untuk menyatakan pandangan atau masalah yang dihadapi.
• Antara bidang tugas penghulu ialah menyelusaikan sebarang pertikaian yang timbul dalam kalangan anak buahnya, memelihara keamanan kampung, mengarah rakyat melaksanakan arahan pemerintah, dan menjadi lambang perpaduan kampung.
Golongan Diperintah
• Merupakan golongan yang paling ramai dan terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu rakyat biasa atau rakyat asing yang bebas dan golongan hamba. Mempunyai peranan penting dari aspek fizikal dan tradisi kemasyarakatan terutamanya dalam mendukung institusi beraja dan pembesar.
• Berperanan sebagai pengikut atau pengiring pembesar peringkat pusat atau menjadi penyokong pentadbir peringkat jajahan takluk.
rakyat biasa
• Masyarakat peribumi yang bermastautin di sesuatu kawasan dan biasanya tinggal di kawasan luar istana atau kampung-kampung kecil. Kebanyakannya terdiri daripada petani, nelayan, pedagang, dan tukang. Mereka tidak mempunyai sebarang kuasa politik dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam pentadbiran.
• Dari segi ekonomi, hasil pengeluaran mereka berbentuk sara diri, iaitu hanya cukup untuk menanggung hidup sekeluarga. Terdapat juga yang menjadi ahli tenun, penghibur diraja, pemain sandiwara, bomoh, dukun, pawang, dan guru agama.
rakyat asing
• Selalunya bukan orang melayu yang datang ke Tanah Melayu untuk memenuhi tujuan tertentu seperti pedagang, mubaligh, dan santeri. Santeri ialah orang yang merantau dari tempat ke tempat lain untuk menuntut ilmu.Terlibat dalam pelbagai kegiatan sosial seperti menjadi tentera upahan kerajaan atau menjalankan kegiatan ekonomi.
• Tidak diwajibkan mengamalkan dan mematuhi tradisi kebudayaan tempatan
golongan hamba
• Menduduki hierarki paling bawah. Menjadi hamba kepada para pembesar dan orang kaya dengan melakukan pelbagai tugas seperti mencuci perahu, memetik kelapa, mencari kayu api, dan menjadi askar.
Konsep susun lapis
• Konsep susun lapis masyarakat bermaksud pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa lapisan atau kelas sosial yang berlainan kedudukan dan disusun dalam satu hierarki.
• Pada asasnya, susun lapis masyarakat melibatkan kedudukan yang berbeza dan tidak bersifat setaraf dari segi kekayaan, kekuasaan, gaya hidup, peluang, hak dan tanggungjawab.