Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Undang-undang di negeri Melayu - Coggle Diagram
Undang-undang di negeri Melayu
Undang-undang 99 Perak
Para sarjana sejarah mempercayai undang-undang yang mengandungi unsur-unsur keislaman ini dikarang oleh Maulana Sayed Hussein al-Faradz Jamalulail dari Hadramaut, Parsi dan dibawa ke Perak semasapemerintahan Sultan Perak ke-3 iaitu Sultan Ahmad Tajuddin Shah Ibni Sultan Mansur Shah (1577—1584).
Ia merupakan undang-undang yang tertua sekati di negeri Perak mengenai hal ehwal agama Islam dan ditulis dalam bentuk dialog antara Raja Nasrun Adil dengan menterinya Khoja Berza Amir Hakim yang membincangkan mongenai 99 perkara yang meliputi Skop Jenayah, sivil kekeluargaan, peperangan dan perlembagaan seperti:
Tugas serta tanggungjawab pemerintah merangkumi peranan seorang Raja atau Sultan serta pembesar dan penghutu dalam tampuk pemerintahan.
Cara dan syarat melantik pegawai negeri: seorang kadi mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang agama Islam. Seorang pegawai kerajaan mesti memiliki kemahiran
dan pengalaman.
Peraturan adat istiadat: garis panduan adat dan peraturan mengadap Raja, Adat pelantikan Raja, Adat Berbahasa semasa berada dalam istana dan sebagainya.
Perkara-perkara yang berkaitan dengan jenayah contohnya mengenai dakwaan penduduk dan hukuman jenayah.
Perkara-perkara yang berkaitan dengan hal kekeluargaan contohnya perkahwinan, penceraian, hak pewarisan dan
pembahagian harta.
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
Perlembagaan yang digubal semasa zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar dan diwartakan pada 14 April 1895 merupakan perkembagaan ala Barat yang menjadi asas kepada penubuhan negeri Johor yang moden dan berdaulat.
Teks asal perlembagaan ini adalah ditulis dalam tulisan Jawi.
PerLembagaan ini menjadikan negeri Johor sebagai negeri Melayu pertama yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan di Tanah Melayu.
Di antara peruntukan penting yang termaktub dalam Undang- undang Tubuh Kerajaan Johor yang berkaitan dengan pemerintahan dan pentadbiran yang digubal berdasarkan sistem British ialah:
Syarat-syarat bagi melantik atau menabalkan Sultan serta menetapkan wang-wang perbelanjaan dan aturan-aturan bagi menggantikan Sultan Johor.
Kewajipan raja dalam memelihara kedaulatan Johor sepanjang masa.
Peraturan-peraturan dan kewajipan-kewajipan Majlis Mesyuarat Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri.
Aturan-aturan berkenaan hal-hal agama dalam negeri Johor.
Pengenalan jawatan-jawatan perkhidmatan awam negeri Johor seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.
Menetapkan asas hukuman undang-undang yang akan dijalankan di dalam mahkamah-mahkamah keadilan.
Mengenai perjanjian dengan negara-negara asing.
Semenjak ia diwartakan pada tahun 1895. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor ini telah mengalami empat kali pindaan undang- undang yang dilaksanakon datam zaman pemerintahon Sultan Ibrahim:
(a) Pindaan pertama pada 1 April 1908.
(b) Pindaan kedua pada 17 September 1912.
(c) Pindaan ketiga pada 12 Mei 1914.
(d) Pindaan keempat pada 17 Julai 1918.
KESIMPULAN
Adat Melayu tradisional mengalami proses perubahan berterusan mengikut peredaran masa dan zaman, serta perubahan mengikut suasana dan tempat. Perubahan yang paling ketara berlaku dalam zaman petapakan Hindu-Buddha dan seterusnya Islam di rantau ini dengan peresapan pengaruh Islam yang menggabungkan undang-undang adat Melayu tradisional dengan syariah Islam.
Kedatangan penjajah Barat serta perkembangan pengaruh dan budaya Barat kemudiannya telah menyebabkon amalan hukum adat dan undang-undang tradisionol masyarakat tempatan terjejas dan digantikan dengan undang-undang ala Barat.