Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 3: KEBERKESANAN DAN PEMILIHAN BAHAN PENGAJARAN :star: - Coggle Diagram
BAB 3: KEBERKESANAN DAN PEMILIHAN BAHAN PENGAJARAN
:star:
TOPIK 3.1 : PENGGUNAAN ALATAN DALAM PENGAJARAN
:smiley:
Pembelajaran memerlukan rangsangan dan rangsangan yang tidak difahami oleh pelajar tidak akan diproses dan tidak akan menjadi pengalaman.
Guru yang menentukan alat-alat membantu mengajar (ABM) yang akan menggalakan rangsangan yang bertindak dalam mengembangkan kecerdasan dan pengalaman pelajar.
ABM tidak terhad kepada buku teks, papan tulis dan gambar.
ABM merangkumi pelajaran yang dapat dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya.
Kategori Bahan Bantu Mengajar
📚📽
Bahan yang menggunakan media elektronik.
Bahan bercorak pengalaman.
Bahan yang tidak menggunakan media elektronik.
Kepentingan ABBM
💡
Dapat mengawal serta mengatasi masalah tenaga pengajar yang kekurangan masa.
Meningkatkan minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Meningkatkan keghairahan untuk belajar.
Meningkatkan tahap kefahaman pelajar secara mendalam dan realistik tentang tajuk yang diajar.
Pembelajaran akan lebih bermakna dan melahirkan dorongan daya kreativiti, baik kepada guru mahupun pelajar.
ABBM menawarkan pengalaman yang sebenar dan menjadikan pengajaran lebih menarik.
Dapat menjimatkan masa serta memudahkan interaksi dan kerjasama antara guru dan pelajar atau pelajar dan pelajar.
Kemahiran dan Aplikasi ABBM
⚡
Guru seharusnya berkemahiran dalam menilai dan menimbang akan keperluan atau sumbangan alat bantu mengajar dalam pengaplikasiannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menekankan semua aspek dan kriteria dalam membuat pertimbangan.
TOPIK 3.2 : KRITERIA PEMILIHAN ABBM
:smiley:
Perlu bersesuaian dengan aktiviti pengajaran serta isi kandungan berkait rapat dan tepat dengan topik yang ingin diajar.
Mengandungi idea-idea dan reka bentuk yang menarik dan berkesan untuk menarik minat murid.
Saiz dan berat yang bersesuaian supaya mudah dibawa , diguna dan disimpan serta disediakan dengan kos perbelanjaan yang rendah dalam masa yang berpatutan.
Sumber pembelajaran mengandungi nilai-nilai murni yang tinggi.
Kesan Penggunaan ABBM
✨
Pelajar dapat memahami konsep, fakta atau idea dengan lebih jelas dan idea yang diterima akan kekal dalam ingatan.
Pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan dapat dipelbagaikan.
Kelemahan ABBM
☹
Guru kurang kemahiran dalam menyediakan atau memilih alat membantu mengajar (ABM) yang sesuai.
Kurangnya kemahiran guru dalam mengaplikasian alat membantu mengajar (ABM).
Faktor pelaksanaan yang kadang mendatangkan masalah.
Cara mengatasi kelemahan ABBM
🤩
Guru seharusnya lebih prihatin dan memahami kehendak pelajar.
Guru perlu meningkatkan kemahiran dalam proses pengajaran terutama dalam menggunakan alat bantu mengajar (ABM).
Kerjasama semua pihak dalam merancang dan menyusun proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu guru dalam penyediaan alat bantu mengajar (ABM).
Merancang dengan sistematik.