Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
pembinaan negara bangsa ( pembangunan ekonomi ) - Coggle Diagram
pembinaan negara bangsa ( pembangunan ekonomi )
Negara kita dijajah oleh imperialis British dan Jepun. Kedua-dua kuasa ini mengeksploitasikan kekayaan bahan mentah seperti bijih timah dan getah.
Rancangan Malaya Pertama (1956 - 1960)
Matlamat Rancangan Malaya Pertama
Membangunkan sektor ekonomi luar bandar bagi merapatkan jurang pendapatan antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar.
Mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan penduduk luar bandar.
Tujuan Rancangan Malaya Pertama
Meningkatkan hasil pengeluaran makanan.
Mempelbagaikan kegiatan ekonomi agar tidak terlalu bergantung kepada pengeluaran dua komoditi utama, iaitu bijih timah dan getah.
Merapatkan jurang ekonomi antara masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.
Menambahkan peluang pekerjaan dalam kalangan masyarakat luar bandar.
Rancangan Malaya Pertama dilaksanakan pada tahun 1956, iaitu sebelum negara kita merdeka lagi. Pemimpin Parti Perikatan berusaha untuk mengurangkan masalah perpaduan dan kemiskinan dalam kalangan penduduk luar bandar.
Pemimpin kerajaan Persekutuan terpaksa memperkenalkan rancangan pembangunan ekonomi untuk mengatasi jurang ekonomi antara kaum demi membentuk masyarakat yang bersatu padu.
kesan sistem ekonomi kapitalis
Malaysia telah ditarik ke dalam rantaian perdagangan antarabangsa. Tetapi, Malaysia hanya berperanan sebagai pembekal bahan mentah untuk Britain dan dijadikan tempat memasarkan barangan buatan Britain sahaja.
Pihak kapitalis British telah memperkenalkan tanaman tertentu dalam usaha mereka untuk mengaut seberapa banyak keuntungan. Tanaman getah yang diperkenalkan telah mendapat sambutan hangat daripada golongan kapitalis British dan Cina.
Masyarakat peribumi yang tinggal di kawasan luar bandar semakin terhimpit dan sengsara.
Masyarakat peribumi tidak dapat bersaing dengan golongan kapitalis yang mempunyai modal yang besar. Mereka ketinggalan dan tersingkir daripada sistem ekonomi kapitalis.
Kemerosotan sistem ekonomi sara diri.
Pengeluaran beras diabaikan. Ini menyebabkan Malaysia kekurangan beras pada tahun 1950-an sehingga terpaksa mengimportnya dari negara jiran.
Satu keadaan yang dikenali sebagai dwiekonomi wujud di Malaysia negara jiran. ketika itu. Golongan imigran berjaya melibatkan diri dalam bidang ekonomi moden manakala kaum Melayu kekal di kawasan luar bandar sebagai petani yang menjalankan pertanian sara diri.
Mulai tahun 1874, kesan imperialisme British begitu jelas dalam ekonomi negara. British telah membolot kekayaan Malaysia akibat Revolusi Perindustrian di Britain tanpa menghiraukan kepentingan dan kebajikan masyarakat tempatan. Demi kepentingan ekonomi mereka, British telah membenarkan kemasukan kaum asing, iaitu orang Cina dan India.
dasar pecah dan perintah British
Jenis pekerjaan dan sistem pendidikan vernakular menghalang interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, dan India.
Melalui dasar ini, orang Melayu menetap di kawasan luar bandar dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India tinggal di kawasan estet dan bekerja sebagai buruh.
Pelaksanaan dasar pecah dan perintah Brtish telah mengeruhkan perpaduan masyarakat.
Dasar pecah dan perintah boleh dianggap sebagai satu faktor berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 yang mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga kaum terbesar di Malaysia.
dasar pembangunan luar bandar
Rancangan Pembangunan Lima Tahun tahap pertama (1956 - 1970) dilaksanakan demi membangunkan kawasan luar bandar dan mengurangkan kemiskinan dalam kalangan penduduk luar bandar terdiri daripada orang Melayu. yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu.
Dilaksanakan Rancangan Malaya Pertama (1956 – 1960), Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) dan Rancangan Malaysia Pertama (1966 - 1970).
Pemimpin Parti Perikatan mewarisi sebuah negara yang penuh dengan masalah ekonomi, kemiskinan, pengangguran, dan kemunduran kawasan luar bandar.
usaha kerajaan persekutuan
Dasar pembangunan luar bandar dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun di bawah Rancangan Malaya Pertama (1956- 1960), Rancangan Malaya Kedua (1961 - 1965), dan Rancangan Malaysia Pertama (1966 - 1970).
Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1970 dan berlangsung sehingga tahun 1990.
Diharapkan segala kepincangan ini dapat dikurangkan melalui dasar pembangunan luar bandar memandangkan masyarakat luar bandar yang paling miskin, tertindas, dan ketinggalan.
Selepas tahun 1990, Dasar Pembangunan Nasional diperkenalkan sehingga tahun 2000.
Kerajaan Persekutuan telah mengambil usaha ke arah menangani isu perpaduan kaum, masalah kemiskinan, dan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.