pembinaan negara bangsa (pembangunan sosial)

BAHASA KEBANGSAAN

• Bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Pengiktirafan ini termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Bahasa Melayu digunakan dalam segala urusan rasmi kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.

• Berdasarkan Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari, dan dikembangkan atas prinsip kebebasan hak asasi.

• Peruntukan di bawah Perkara 152 tidak boleh dipinda oleh Parlimen kerana kata putus terletak di tangan Majlis Raja-raja. Perkara 152 (5) mengesahkan syarat ini. Tambahan pula, bahasa Melayu telah dipersetujui dan disepakati bersama oleh pemimpin pelbagai kaum menjadi bahasa kebangsaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada tahun 1957.

• Pengiktirafan ini bertujuan untuk menjamin perpaduan rakyat selain memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu juga memainkan peranan penting sebagai bahasa rasmi, bahasa pengantar di sekolah dan di pusat pengajian tinggi, selain menjadi bahasa teras perpaduan.

• 5 Kesan daripada penyemakan semula Akta Pelajaran 1961 yang berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah kebangsaan. Ini disebabkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah menjadi wahana perpaduan masyarakat pelbagai kaum yang amat perlu bagi pembangunan negara bangsa Malaysia.

DASAR PENDIDIKAN UNTUK SEMUA

• Pendidikan untuk semua.

• Bahasa Kebangsaan dijadikan bahasa pengantar utama.

• Mengadakan kurikulum yang sama bagi semua jenis sekolah. Kurikulum terbahagi kepada dua iaitu KBSR dan KBSM.

• Penekanan juga diberikan kepada kegiatan kokurikulum.

• Mengadakan peluang pendidikan asas selama 9 tahun.

• Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu.

• Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknnik.

• Meningkatkan mutu pendidikan dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu.

• Memperlbagaikan dan memperbanyak kemudahan pendidikan di peringkat universiti.

RUKUN NEGARA

• Kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh negara dan Parlimen dibubarkan demi mengawal rusuhan kaum yang berlaku itu.

• Rukun Negara dibentuk pada 31 Ogos 1970 selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969.

• Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang menegaskan prinsip prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek keagamaan, kebudayaan, ekonomi, politik, dan perundangan. Dalam perkataan lain, Rukun Negara merupakan ideologi dan pancasila kewarganegaraan.

• Sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah dibentuk

• Peristiwa tersebut merupakan titik hitam dalam sejarah Malaysia kerana menjejaskan persefahaman, perpaduan, dan ketenteraman negara.

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

• Kebudayaan memainkan peranan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk ke arah perpaduan negara.

• Dasar Kebudayaan Kebangsaan lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1971

• Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal untuk menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia.

• Diharapkan bahawa melalui dasar tersebut, perpaduan negara dapat diperkukuhkan melalui kebudayaan dan keperibadian kebangsaan dipelihara berteraskan budaya penduduk