Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PEMBANGUNAN EKONOMI - Coggle Diagram
PEMBANGUNAN EKONOMI
-
DASAR PERINDUSTRIAN
- dilaksanakan pada tahun 1950-an dan 1960-an untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang sebelum ini hanya bergantung kepada getah dan bijih timah. Dasar ini lebih tertumpu kepada industri bercorak gentian import
- tahun 1980-an, program perindustrian beralih kepada industri berat untuk mengukuhkan asas perindustrian negara dan menambah kemahiran rakyat dalam teknologi yang lebih tinggi.
- tahun 1983, dua buah kajian dijalankan iaitu Kajian Dasar Perindustrian Malaysia (KDPM) dan Pelan Induk Perindustrian (PIP). KDPM bertujuan untuk menyemak dan mengubah dasar- dasar perindustrian negara dan mengkaji semula galakan pelaburan manakala PIP mengubal objektif pembangunan perindustrian. Pertumbuhan ekonomi negara berpunca daripada sektor pembuatan melalui kegiatan proses perindustrian
- tahun 1985-1986, berlaku kemelesetan ekonomi negara yang berpunca daripada kelemahan struktur industri negara. Kerajaan cuba mengenalpasti kelemahan struktur sektor pembuatan.
- Sektor pembuatan berperanan penting dalam perkembangan ekonomi melalui penambahan eksport, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, latihan teknikal dan kemahiran.
- Menteri Perdagangan dan Perindustrian mengumumkan objektif PIP pada 3 Februari 1986 yang bermatlamat seperti berikut:
(a) Menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan perindustrian negara.
(b) Menggalakkan sepenuhnya sumber asli negara
(c) Meningkatkan tahap pendidikan dan pembangunan teknologi.
DASAR EKONOMI BARU
- Pembangunan ekonomi yang berlaku di Tanah Melayu pada zaman British hanya berlaku untuk kepentingan mereka sahaja Kegiatan ekonomi lebih tertumpu di kawasan-kawasan pantai barat Tanah Melayu yang mempunyai banyak sumber bahan mentah seperti bijih timah dan getah. Struktur ekonomi dualisme telah berlaku di negara ini kesan daripada penjajah British tersebut. Ekonomi dualisme bermaksu ekonomi yang bersifat moden dan pesat membangun di kawasa ladang, lombong, dan perdagangan di bandar manakala ekonomi tradisional kekal di kawasan luar bandar. Kesannya telah wujud jurang perbezaan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu.
- Orang Melayu lebih tertumpu di kawasan luar bandar sebagai petani dan nelayan, kaum India bekerja sebagai buruh kasar dan pekerja di ladang. Bagi kaum Cina pula bekerja sebagai pelombong bijih dan peniaga serta tinggal di bandar. Lantaran kegiatan ekonomi yang berbeza dan kedudukan sosioekonomi yang tidak seimbang menjadikan hubungan semakin renggang antara kaum sehinggalah selepas merdeka yang membawa kepada berlakunya rusuhan kaum pada 13 mei 1969. Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak telah melanca Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi menyeimbangkan penyertaan semua kaum dalam proses pembangunan negara.
- DEB telah mengagihkan kekayaan dan pendapatan serta peluang yang lebih seimbang dan menyeluruh. la berlaku selama 2 dekad, iaitu mulai tahun 1970 hingga 1990. Dasar ini bermatlamat untuk mengurangkan dan menghapuskan kemiskinan tanpa
mengira kaum di samping mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia daripada pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. pelbagai program diatur yang melibatkan pembaharuan kehidupan di luar bandar dan perkembangan kegiatan bandar serta mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan bumiputera dalam semua jenis dan peringkat pekerjaan yang melibatkan semua bidang ekonomi.
- Kerajaan telah menggariskan dan menjelaskan beberapa strategi untuk menstabilkam kedudukan ekonomi yang tidak seimbang Antara strateginya termasuklah meningkatkan paras pendapatan, menambah peluang pekerjaan dengan memodenkan kehidupan luar bandar, mewujudkan masyarakat usahawan yang bersaing dengan kaum lain dan mengimbang pertumbuhan ekonomi yang seimbang di bandar. Usaha-usaha ini dilaksanakan melalui dasar-dasar yang mengutamakan pendidikan dan latihan
DASAR PERTANIAN NEGARA
- Datuk Musa Hitam, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kabinet dan melancarkan Dasar Pertanian Negara (DPN) pada 12 Januari 1984.
- Tujuannya, membantu kerajaan dan swasta meningkatkan sektor pertanian seperti tanaman, perikanan, perhutanan, dan ekonomi negara. Selepas merdeka, sektor pertanian menyediakan peluang yg luas untuk peluang pekerjaan, membekalkan sumber bahan mentah, menyediakn sumber makanan dan meningkatkan eksport negara.
- disusun sebagai garis panduan untuk meningkatkan pendapatan negara melalui sumber pertanian dan untuk memaksimumkan pendapatan pengusaha / pekebun kecil dan memajukan peningkatan hasil serta mutu komodiiti yang besar untuk dieskport.
- Pelbagai strategi digunakan untuk mendapat matlamat ini dan meperkukuhkannya seperti melalui pembukaan tanah baharu, pembangunan institusi, perkhidmatan pertanian serta pembangunan sosial dan institusi. Projek pembukaan tanah baharu dapat menyediakan peluang pekerjaan, mewujudkan amalan pertanian yang lebih cekap dan mengimbangan taburan penduduk. Pembangunan institusi ialah sebuah rancangan untuk menambah daya pengeluaran ppertanian. Tertumpu kepada tanah terbiar dan melaksanakn pemulihan tanaman dengan menggunakan benih yang bermutu tinggi dan penggunaan teknologi moden.
- Program pemulihan kawasan seperti Pembangunan Pertanian Bersepadu di bawah Kementerian Pertaninan atau melalui projek khas seperti Lembaga Kemajuan PertaniaN Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), dan Perbadanan Pembangunan Wilayah.
- Institusi penyelidikan ditubuhkan untuk meningkatkan komoditi eksport contohnya Institusi Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM), Institusi Penyelidikan Getah Malaysia (MARDI). Ini dapat menghasilkan mutu pengeluaran yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
- Mutu persembahan dan pembungkusan hasil-hasil pertanian yang lebih menarik diberi perhatian, penstabilan harga dan system gred diperkenalkan. Peranan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) turut dipertingkatkan.
-