Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KEISTIMEWAAN TAMADUN ISLAM - Coggle Diagram
KEISTIMEWAAN TAMADUN ISLAM
Agama melahirkan Tamadun
Kelahiran Islam di Semenanjung Tanah Arab telah mencetuskan sebuah tamadun yang unggul.
Semua prinsip pembinaan tamadun ini adalah diadaptasikan daripada ajaran Islam. Berteraskan kepada konsep iman, maka pembinaan tamadun ini mengambil kira konsep mentauhidkan Allah dalam semua perkara.
Lahirnya sesebuah tamadun akan membawa kepada kemunculan sesuatu fahaman atau agama dan tidak ada satu tamadun pun yang boleh dijadikan contoh bagi sesuatu kelahiran yang berteraskan agama, sebagaimana yang dimiliki oleh Tamadun Islam.
Peradaban
Dengan ajaran yang datang daripada Allah s.w.t, Islam mampu melahirkan pengikut yang berperadaban tinggi dan berakhlak mulia.
Daripada peradaban tersebut, terbinalah sebuah tamadun. Ini bermakna Tamadun Islam berkembang maju dengan asas peradaban yang telah terbentuk.
Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w telah Berjaya membentuk sebuah peradaban yang tinggi.
Ini berbeza dengan tamadun lain yang membina peradabannya hasil daripada perkembangan dan kemajuan tamadun tersebut.
Islam bermula di Makkah, kemudian dibangunkan di Madinah dan di sinilah kebanyakan peruubahan dilakukan dalam pelbagai aspek. Pembentukan sebuah Negara Islam pertama berlaku di Madinah. Pembinaan sebuah tamadun bermula di sini dengan asas dan panduan yang digariskan oleh agama.
Tamadun Islam berkembang di segenap pelosok dunia, antaranya di Damsyik, Kaherah, Baghdad, Cordova dan Delhi. Fenomena ini berbeza sama sekali dengan sebarang tamadun lain yang mencapai tahap kegemilangannya di tempat ia diasaskan.
Tamadun Islam merupakan satu-satunya tamadun yang masih terus berkembang dari awal kemunculannya hinggalah kini. Perkembangannya adalah berkait rapat dengan konsep kesejagatan yang ada padanya.
Perkembangan tamadun Islam adalah berkait rapat dengan perkembangan pengaruh agama Islam itu sendiri. Ianya dapat mengubah kehidupan manusia setempat kepada tahap kehidupan yang lebih bermakna dan bermanfaat.
Seimbang antara individu dengan masyarakat
Mereka mesti memelihara kehormatan dan nama baik orang lain serta tidak boleh menghina dan mencaci. Anggota masyarakat harus memelihara harta sendiri atau harta orang lain.
Kehormatan rumah tangga harus dipelihara. Seseorang individu tidak boleh menjejak keburukan orang lain dan mengintip rahsia rumah tangga.
Dalam hubungan antara individu dengan masyarakat, setiap orang mesti memelihara kehormatan darah manusia dan menghalang membunuh tanpa hak.
Seimbang antara kerohanian dengan kebendaan
Dalam bidang akhlak,wujud perseimbangan antara mereka yang terlalu ideal mangganggap manusia seperti malaikat dengan mereka yang mengganggap manusia seperti haiwan. Antara dua anggapan tersebut, terdapat fitrah semula jadi manusia yang telah ditentukan.
Dalam melihat hakikat insan, terdapat perbezaan antara agama yang menyatakan bahawa manusia merupakan roh yang dipenjarakan dengan mereka yang beranggapan bahawa manusia berupa jasad semata-mata.
egitu juga keseimbangan dalam pandangan tentang kehidupan, antara golongan yang mengingkari kehidupan selepas mati dengan golongan yang menolak kehidupan dunia.
Keseimbangan antara kerohanian dengan kebendaan dalam Islam meminta penganutnya mengambil keperluan dunia, tetapi melarang melampaui batas dengan tidak membenarkan penganutnya mengharamkan diri dari menikmati kurniaan Allah S.W.T.
Panduan al-Qur’an dan al-Sunnah
Dalam konteks ini, al-Qur‟an dan al-Sunnah banyak memberi dorongan ke arah melahirkan insan yang bertamadun.
Kejayaan sesebuah tamadun ditentukan oleh kualiti manusia yang menjadi anggota masyarakat dan umat tersebut.
Kedua-dua sumber tersebut sentiasa menyeru umat Islam untuk mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat dengan menimba ilmu, berusaha gigih dan menghayati nilai-nilai positif.
Pendek kata al-Qur‟an dan al-Sunnah adalah pencetus dan pendorong yang sangat berkesan dalam membina tamadun Islam yang unggul. Hakikat ini terbukti dalam sejarah tamadun manusia khususnya pada abad ke-6 kerana seluruh tamadun manusia telah rosak dari segi nilai kemanusiaan.
Apabila turun al-Qur‟an, maka tamadun manusia mendapat satu inspirasi yang baru dengan kemunculan tamadun Islam yang bersumberkan al-Qur‟an dan as- Sunnah.
Tamadun islam bersifat terbuka kepada semua tamadun
Maka lahirlah pencapaian yang bercorak dan berbentuk Islam. Memberi pula bermaksud mempersembahkan kepada tamadun asing pencapaian-pencapaian yang diperolehi.
Sifat terbuka ini menjadikan tamadun islam sentiasa berkembang dan maju dan menjamin kewujudannya sepanjang zaman.
Tamadun Islam bersifat mengambil dan memberi. Mengambil pengalaman yang berguna dari tamadun- tamadun lain seperti Yunani, Parsi dan sebagainya lalu disesuaikan dengan unsur-unsur Islam.