Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 3 : KEBERKESANAN DAN PEMILIHAN BAHAN PENGAJARAN, BAB 3 : KEBERKESANAN…
BAB 3 : KEBERKESANAN DAN PEMILIHAN BAHAN PENGAJARAN
TOPIK 3.1 : PENGGUNAAN ALATAN DALAM PENGAJARAN
Pengajaran memerlukan sesuatu untuk mudah disampaikan manakala pembelajaran pula memerlukan ransangan untuk memudahkan pelajar menerima isi pelajaran.
Alat bantu mengajar (ABM) adalah alat yang dapat membantu seseorang guru dalam proses pengajaran. contohnya, buku teks, papan tulis, gambar dan sebagainya
Ransangan yang sukar difahami tidak akan dapat diproses dan tidak akan menjadi pengalaman. oleh itu, peranan guru dalam menentukan alat - alat bantu mengajar adalah sangat penting
KEPENTINGAN ABBM
Penggunaan ABBM dapat mengawal serta mengatasi masalah tenaga pengajar kekurangan masa.
Dapat mempertingkatkan minat murid dan keghairahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
ABBM menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran , oleh itu ia mengurangkan berbagai - bagai gerak balas lisan daripada murid sekaliigus menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal
KEMAHIRAN & APLIKASI ABBM
Kemahiran adalah kecekapan atau kepandaian seseorang untuk membuat sesuatu. Tanpa kemahiran agak sukar bagi seseorang itu menegndalikan sesuatu
Dalam memilih ABBM guru seharusnya berkemahiran dalam menilai dan menimbang akan keperluan atau sumbangan alat bantu dalam mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran
Pertimbangan seharusnya menekankan semua aspek atau kriteria - kriteria dalam pengajaran dan pembelajaran
KATEGORI BAHAN BANTU MENGAJAR
Bahan yang tidak menggunakan media elektronik seperti suara, gambar, carta, buku dan sebagainya.
Bahan bercorak pengalaman seperti lakonan,projek dan sebagainya.
Bahan - bahan yang menggunakan media elektronik seperti video pelajaran, radio, komputer, internet dan sebagainya
BAB 3 : KEBERKESANAN DAN PEMILIHAN BAHAN PENGAJARAN
TOPIK 3.2 : KRITERIA PEMILIHAN ABBM
ABBM haruslah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. isi kandungan haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajarkan
ABBM boleh membantu guru dalam aktiviti pengajaran atau boleh juga digunakan oleh murid - murid dalam aktiviti pembelajaran mereka
Reka bentuk ABBM hendaklah menarik dan berkesan untuk menarik perhatian dan menimbulkan minat murid- murid, alat ini harus disediakan dengan menggunakan gambar yang berwarna
ABBM harus disediakan dalam saiz dan berat yang sesuai supaya ia mudah dibawa, diguna dan disimpan. ABBM yang terlalu berat dan besar akan mengganggu kelancaran penyampaian guru atau penggunaan murid
KESAN PENGGUNAAN ABBM
Pelajar akan dapat memahami sesuatu konsep, fakta atau idea dengan lebih jelas dan dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran
pelajar akan dapat mengikuti setiap perkembangan proses pengajaran yang dijalankan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat pelbagaikan dan akan lebih menarik
konsep, fakta dan idea yang diterima akan lebih kekal dalam ingatan
KELEMAHAN ABBM
Kurangnya kemahiran guru dalam jenis memilih jenis alat bantu mengajar yang sesuai
kurangnya kemahiran guru dalam pengaplikasian alat bantu mengajar
Kesukaran dalam penyediaan alat bantu mengajar. seperti kurangnya alat perlaksanaannya, bahan atau rujukan dalam menyediakan, keperluan masa yang mempengaruhi guru guru dalam menyediakan alat bantu mengajar
Faktor perlaksanannya yang kadang mendatangkan masalah
CARA MENGATASI KELEMAHAN ABBM
Guru seharusnya lebih prihatin dan memahami kehendak pelajar yang diajarkan
Guru harus munasabah dan meningkatkan segala kemahiran dalam proses pengajarannya terutamanya dapat menggunakan alat bantu mengajar seperti menggunakan teknologi maklumat
Kerjasama semua pihak dalam merancang dan menyusun proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu guru dalam penyediaan alat bantu mengajar yang sistematik