Seiring dengan perkembangan dunia semasa dan era globalisasi, bidang pendidikan turut mengalami perubahan yang pesat dari segi sistem mahupun pengurusannya. Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya (Abd.Rahim, 2005). Perubahan ini memberikan kesan sama ada positif dan juga negatif kepada masyarakat di negara membangun. Profesion keguruan juga terjebak dalam pengaruh ini yang merupakan trend dan ideologi abab ke-21.Teknologi Pendidikan memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan sistem dan pengurusan pendidikan di negara-negara membangun seperti Malaysia.Justeru itu, perubahan daripada pendekatan pendidikan bersifat tradisional atau berasaskan kertas dan pen perlukan segera kepada pendidikan yang berteknologi adalah satu perkara besar yang perlu diberi sokongan.Perubahan ini bukan sahaja terhad kepada usaha pihak kerajaan semata – mata sebaliknya adalah keterlibatan semua pihak.Dengan penubuhan MSC, Malaysia menjadi negara yang berdaya maju dan kompetitif sesuai dengan cabaran globalisasi dan era teknologi maklumat.Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan teknologi memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan, di samping kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan.