Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN ABAD KE 21 - Coggle Diagram
PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN ABAD KE 21
PENGAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR
Amat digalakkan dalam abad ke 21
Guru masih boleh mengajar
guru bukan sumber utama ilmu pengetahuan dalam kelas
Tidak lagi tentang mendengar guru bercakap dan menyerap maklumat
Untuk menyumbang kepada masyarat, pelajar mampu dapatkan maklumat baru
Menggabungkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada dan menggunakannya untuk penyelesaian masalah
Tidak mengharapkan guru memberi jawapan
Guru sebagai fasilitator
belajar bagaimana belajar
Pelajar mengumpul maklumat dengan sendiri di bawah panduan guru
Pelbagai gaya pembelajaran adalah digalakkan
Pelajar mempunyai motivasi dan pertanggungjawaban yang tinggi
Pelajar terlibat dalam pelbagai jenis aktiviti amali (hands-on)
Pembelajaran adalah tentang penemuan (discovery) bukan menghafal fakta
PEMBELAJARAN SECARA KOLABORATIF
Belajar untuk bekerja secara kolaboratif
Masyarakat hari ini bekerja secara kolaboratif di serata dunia
Pelajar digalakkan bekerjasama untuk mendapatkan maklumat
Kolaboratif perlu dinamik. Pelajar perlu belajar bagaimana untuk mengenalpasti pelbagai kekuatan dan bakat setiap orang yang berbeza yang boleh diketengahkan untuk sesuatu tugasan/projek dan menukar peranan berdasarkan sifat-sifat ini.
PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL
Berpusatkan pelajar tidak bererti guru tidak mengawal kelas
Pelajar dianjurkan untuk belajar dalam berbagai cara dan guru masih memberi bimbingan
Guru memahamkan pelajar bagaimana kemahiran yang sedang dibina boleh diaplikasikan dalam kehidupan mereka
Pelajar akan lebih bermotivasi jika mereka mempelajari sesuatu yang nilainya boleh dilihat
Guru perlu mengambil pendekatan yang lebih menyeluruh dan mengajar mereka kemahiran-kemahiran yang berguna dalam apa juga situasi
Matlamat proses pembelajaran akan terbantut jika tiada sebarang impak dalam kehidupan pelajar
INTEGRASI DENGAN MASYARAKAT
Bagi melahirkan warganegara yang bertanggungjawab, kita perlu memberi contoh kepada murid bagaimanakah ciri warga yang bertanggungjawab
Sekolah akan menyediakan program untuk komuniti sekolah
Menggalakkan pelajar untuk menyertai jawatankuasa kerja atau mengambil bahagian dalam projek-projek sekolah
Menolong komuniti di sekeliling mereka dengan aktiviti-aktiviti seperti mengagih makanan dan gotong-royong
Bantu para pelajar memainkan peranan dalam komuniti global dan mencari jalan untuk memberi impak tidak sekadar kawasan kejiranan mereka sahaja.