Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN - Coggle Diagram
PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
TAMADUN MENURUT SARJANA BARAT
ARNOLD TONYBEE
Tamadun ialah sejenis kebudayaan yang berkembang di kota.
Tamadun ialah satu gaya kebudayaan yang bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan moral. (Mustafa Haji Daud: Tamadun Islam)
J.R STRAYER
di dalam bukunya “The Mainstream of Civilization” menjelaskan perkataan tamadun amat rapat hubungan dengan perbandaran.
A.S. HORNBY & E.C PARNWELL
menyatakan dalam bukunya “The Progressive English Dictionary” tamadun bermaksud tingkatkan pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam bidang sains, teknologi, politik, moral dan sebagainya.
E.B. TAYLOR
tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek keilmuan kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.
Will Durat
Tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran, kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian.
J.K. FIEBLEMAN
Tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat atau perkataan lain proses masyarakat ke atas material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi sesuatu keperluan.
IBNU KHALDUN
Tamadun ialah sekumpulan yang mendiami sebidang tanah yang mempunyai perbekalan ekonomi yang mencukupi, keselamatan nyawa dan harta yang terjamin yang membolehkan mereka mencapai kemajuan dalam berbagai bidang.
SAYYID QUTB
Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat.
SAID HAWA
Tamadun terbahagi kepada dua kategori iaitu tamadun Islam dan tamadun Jahiliah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan itu. Manakala Tamadun Jahiliah pula ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral.
MUHAMMAD IDRIS ABDUL RAUF AL-MARBAWI
Tamadun bermaksu kehalusan budi pekerti orang yang hidup di kota yang memiliki peraturan yang baik sehingga berjaya menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran dan penghasilan teknologi yang sempurna.
UMAR AUDAH AL-KHATIB
Tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan.
MUHAMMAD AL-BAHIY
Tamadun ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan lain-lain.
CIRI-CIRI ASAS TAMADUN
Kewujudan aktiviti ekonomi
Kewujudan sains dan teknologi
Kewujudan kota , bangunan dan senibina
Kewujudan sistem bahasa dan tulisan
Kewujudan stratifikasi dan organisasi sosial
Kewujudan sistem agama dan kepercayaan
Kewujudan negara dan sistem pemerintahan yang teratur
OBJEKTIF
melahirkan masyarakat berfikiran luas dan berpandangan sejagat
melahirkan bangsa yang berperadaban tinggi dan sanggup memperjuangkan nilai-nilai universal
memperkukuhkan falsafah dan cara hidup masyarakat melalui dialog dan kesepakatan
memajukan ilmu sains peradaban demi kemajuan ilmu pengetahuan seluruhnya
memupuk jati diri individu, sifat tolerensi dan saling menghormati dalam kehidupan bermasyarakat.
untuk melahirkan masyarakat madani Kesimpulannya: Untuk memajukan kehidupan bermasyarakat dan bernegara ke arah mencapai tahap kecemerlangan dan kegemilangan dalam aspek kemajuan fizikal dan spiritual.
menjelas dan menerapkan nilai-nilai universal dalam kehidupan umat manusia