Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bincangkan ciri-ciri, sumber, asas dan matlamat Tamadun Islam - Coggle…
Bincangkan ciri-ciri, sumber, asas dan matlamat Tamadun Islam
Matlamat Tamadun Islam
Untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Umat Islam hendaklah menjadikan kehidupan mereka di dunia ini sebagai satu amanah di mana mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan amar makrif, nahi mungkar.
Kehidupan yang berasaskan pengabdian diri dan ketaqwaan kepada Allah SWT akan menyuburkan nilai-nilai kemanusiaan insan seperti sifat kasih sayang, jujur dan amanah, cinta akan kedamaian, menghormati kemuliaan insan dan lain-lain.
Melahirkan manusia yang memiliki konsep kepercayaan yang betul, disiplin hidup yang tersusun dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah SWT.
Ciri-ciri Tamadun Islam
-
Sempurna & seimbang: Tamadun Islam merupakan tamadun yang paling sempurna dan seimbang dari segi rohani &jasmani.
Ketuhanan: Ia merupakan sebuah tamadun terpimpin danmengatur perjalanan hidup pendukungnya ke arah merealisasikan tugas taabudiyah kepada pencipta.
Bersesuaian dengan fitrah manusia: Tamadun Islam mengatur kehidupan manusia supaya tidak terkeluar dari[ada batas fitrah.
-
Keagamaan: Matlamat utamanya adalah untuk melaksanakan perintah Allah SWT bersesuaian dengan tujuan penciptaan manusia.
-
Sumber Tamadun Islam
-
Sumber-Sumber Sekunder: Ia berperanan sebagai pengukuh kepada penjanaan Tamadun Islam seperti ijtihad, ijma' ulama', al-Qias & al-Istihsan.
Al-Quran: Ia mengandungi keseluruhan ajaran Islam yang merangkuni konsep ketuhanan, sistem perundangan, alam ghaib, nilai moral,sejarah dsb.
Sumber Tambahan:
Akal Pemikiran: Ia merupakan khazanah potensi manusia yang cukup besar yang hanya dianugerahkan oleh Allah kepada manusia sahaja.
Tamadun-Tamadun Lain: Kemajuan Islam tidak terhad kepada kemajuan yang dicipta oleh orang Islam sahaja.
Asas Tamadun Islam
Ibadah
Tujuan manusia hidup di atas muka bumi ini adalah semata-mata beribadah dan mengikut perintah Allah s.w.t. di mana semua aktiviti manusia sama ada urusan agama atau dunia semuanya adalah dikira sebagai ibadah jika ia dilakukan semata-mata niat mencari keredhaan Allah s.w.t.
Syariah
Tamadun Islam adalah tamadun yang berlandaskan kepada syarak. Al Quran dan al Hadith adalah sebagai rujukan utama dalam memajukan muka bumi ini. Tamadun dalam politik, ekonomi, pertanian, perniagaan dan sebagainya adalah berlandaskan kepada pimpinan al Quran dan al Hadith dengan kefahaman yang tajam dari sudut syariat.
Akidah
Akidah adalah salah satu perkara asas iaitu memajukan muka bumi ini sama ada dari sudut kebendaan atau kerohanian. Contohnya, Apabila seseorang itu beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. maka segala usahanya adalah pasti kerana Allah s.w.t. dan niat ikhlas kerana Allah s.w.t.
Akhlak
Akhlak merupakan perkara yang amat penting dalam ajaran Islam. Permulaan pembinaan tamadun mestilah berasaskan kepada akhlak. Tanpa akhlak yang mulia, manusia tidak akan mencapai ketamadunan. Tamadun Islam adalah tamadun yang seimbang antara kebendaan dan kerohanian.
-