Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Konsep Tamadun Islam - Coggle Diagram
Konsep Tamadun Islam
Ciri-ciri Tamadun Islam
Rabbani
Nilai ketuhanan dan keagamaan dalam tamadun Islam adalah nilai tertinggi sekali.
Matlamat kehidupan manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT iaitu mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata disamping melakukan tugas-tugas khalifah dan Al-Quran menjadi sumber asasnya
Keseimbangan dan kesederhanaan
Kesederhanaan pula perlu ada dalam melaksanakan segala perintah Allah tetapi tidak pula mempermudahkan segala urusan.
Universal
Tidak terikat dengan bangsa, tempat atau tempoh tertentu, bahkan ia milik seluruh manusia.
Tamadun Islam menepati keperluan segala situasi dan peredaran zaman.
Ideal dan Realistik
Ideal bermaksud meletakkan manusia di tempat paling tinggi dengan mengawasi setiap gerak geri manusia.
Realistik pula bermaksud menabil kira hakikat yang berlaku iaitu di dunia yang nyata.
Syumul
Merangkumi akidah, syariah, akhlak, hubungan dengan Allah, dengan sesama manusia dan alam.
Satu seruan keadilan untuk semua sama ada Islam mahupun bukan Islam, musuh atau kawan, termasuk hubungan antarabangsa, ilmu dan ibadah.
Dasar-dasar Tamadun Islam
Memelihara nyawa
Tamadun Islam meletakkan nyawa sebagai dasar yang paling utama.
Allah SWT telah menggubal perundangan paling terperinci dalam jaminan keselamatan terhadap nyawa.
Memelihara akal fikiran
Akal adalah anugerah paling sempurna daripada Allah yang sangat berharga.
Dengan akal manusia menjadi makhluk Allah yang paling mulia dan sempurna.
Oleh itu, Allah SWT telah mewajibkan setiap manusia menjaga akal fikirannya dengan baik.
Contohnya dengan menuntut ilmu dan mengharamkan manusia merosakkan akal fikirannya, seperti meminum minuman yang memabukkan dan mengambil dadah.
Memelihara keturunan
Tamadun Islam memelihara kesucian keturunan manusia.
Kerana hasil yang baik hanya akan terbina dari benih yang baik.
Oleh itu, Allah SWT telah mengharamkan semua perbuatan yang merosakkan keturunan manusia seperti zina, homoseksual dan lesbian.
Firman Allah SWT yang bermaksud : “ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan hina serta seburuk-buruk jalan yang buruk.”
Memelihara harta benda
Kekayaan dan kemewahan adalah idaman setiap manusia dan Islam mengiktirafkan keinginan tersebut.
Oleh itu, tamadun Islam meletakkan pemeliharaan harta benda sebagai dasar penting di dalamnya.
Dalam hal ini, Al-Quran menjelaskan, lelaki dan perempuan yang mencuri wajib dipotong kedua-dua belah tangan sebagai balasan kesalahannya dan sebagai seksa daripada Allah.
Abdullah bin Umar berkata : “ Saya telah mendengar Rasullullah SAW bersabda bahawa sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid.
Memelihara hak dan kebebasan
Maksud kebebasan manusia ialah tiada pengabdian kepada seseorang atau sesuatu melainkan hanya kepada Allah SWT.
Setiap manusia perlu diberi kebebasanuntuk berfikir, kebebasan memberi pandangan, kebebasan bergerak, bersuara dan lain-lain.
Sumber-sumber Tamadun Islam
Al-Quran
Sumber asas yang terpenting dalam kewujudan Tamadun Islam.
Merupakan ibu segala kitab malah menjadi petunjuk yang amat berguna bagi manusia.
Mukjizat yang paling istimewa berbanding mukjizat lain yang diturunkan oleh Allah swt
Allah sendiri telah memberi jaminan bahawa kesahihan Al-Quran akan terpelihara dan segala usaha untuk menyelewengannya akan menemui kegagalan.
Sunnah Nabi
Merupakan sumber kedua yang membolehkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai Tamadun Islam.
Dari sudut pandangan Islam sumber ini boleh diterima sebagai sumber yang benar dan autoritatif.
Bertindak sebagai penafsir dan pengulas yang paling sahih.
Terdapat lima kriteria dalam penerimaan sunnah atau Haddis iaitu
Kesinabungan rantaian Sahad
Keadilan para perawi
Kesahihan ingatan para perawi
Keselarasan dan persamaan Hadis
Ketiadaan cacat dalam Hadis
Sumber-sumber lain
Penulisan oleh intelektual yang mampu memberi penjelasan mengenai Tamadun Islam juga dianggap sebagai salah satu sumber.
Antara kitab atau bahan yang mengkaji mengenai Tamadun Islam ialah Kutub al-Ansab, Kutub al-Tabaqat, Kutub al-Adat dan sebagainya
Matlamat tamadun Islam
Hubungan manusia dengan Tuhan
Berdasarkan Rukun Imam
Tuhan sebagai pencipta
Tuhan yg wajib disembah
Syariah
Aqidah
Hubungan manusia dengan manusia
Mencetuskan nilai spiritual terhadap Alam
Menjaga alam
Menghormati setiap benda hidup
Hubungan manusia dengan alam sekitar
Menjaga tingkah laku
Akhlak
Menghormati hak orang lain
Menjaga maruah orang lain
Sentiasa bersikap mulia
Definisi Tamadun Islam
Perkataan tamadun berasal darpada perkataan Arab iaitu madana yang bermaksud kehalusan budi dan kesopanan tingkah laku.
Daripada perkataan madana, terbit pula perkataan madinah yang bermaksud Bandar dan juga madani iaitu orang yang berkelakuan seperti orang Bandar yang bersifat halus dalam berbudi bahasa dan beradap sopan dalam tingkah laku