Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kesan Perang Candu Kedua - Coggle Diagram
Kesan Perang Candu Kedua
Menyedarkan China
Barat Lebih Superior
Kekalahan China dalam Perang Candu kedua merupakan kekalahan kedua mereka kepada kuasa-kuasa barat dalam tempoh 2 dekad.
Kekalahan inimenyedarkan mereka bahawa barat lebih superior daripada China.
Buktinya mereka mula meniru teknik-teknik barat untuk dilaksanakan di negeri China.
Pemimpin-pemimpin China seperti Tseng Kao Fan, Tso Tsung Tang dan Li Hung Chang telah meniru idea-idea barat dalam politik, ekonomi dan sosial untuk dilaksanakan dalam Rancangan Pembaharuan “Gerakan Memperkuatkan Diri 1864-1894”.
Lahir Dua Golongan
Peperangan Arrow telah mengakibatkan lahirnya 2 golongan dalam masyarakat China iaitu golongan pro barat dan golongan anti barat.
Golongan pro barat meniru idea-idea barat untuk dilaksanakan di negeri China manakala golongan anti barat menjalankan kegiatan menentang kegiatan orang barat serta pengaruh mereka di China.
Contohnya pada 21 Jun 1870, mereka telah menyerang rumah kanak-kanak yatim Kristian di Tientsin menyebabkan 20 orang terbunuh termasuk 10 rahib wanita.
Pada tahun 1875, Raymond Margary serta 5 orang Cina yang menjadi pengikutnya telah dibunuh semasa menjalankan penyelidikan untuk mencari jalan darat dari Myanmar ke China.
Hubungan Diplomatik
Selepas Perang Arrow, China mula mewujudkan hubungan diplomatik atas dasar sama taraf dengan kuasa-kuasa barat.
Bagi menguruskan hubungan dengan kuasa-kuasa barat, Pejabat Hal Ehwal Luar yang dikenali sebagai Tsungli Yamen telah diwujudkan pada 11 Mac 1861.
Sejak tahun 1861, duta-duta asing mula ditempatkan di Peking.
Antara mereka ialah Anson Burlingame (duta Amerika), Frederick Bruce (British), M. Buthemy (Perancis) dan De Balluseck (Rusia).
Pada tahun 1866, dengan bantuan Robert Hart, satu perwakilan China yang diketuai oleh Pin Chun telah dihantar ke Eropah.
Pada tahun 1868 dengan bantuan Anson Burlingame, satu perwakilan China yang diketuai oleh Chih Kong dan Sun Chia Ku telah dihantar ke Amerika.
Perwakilan ini kemudiannya melawat negara-negara Eropah. Sejak tahun 1877, duta-duta China mula ditempatkan di negara-negara asing seperti di Amerika, British, Perancis, Jerman, Rusia, Sweden, Sepanyol dan lain-lain lagi.
Penghijarahan
Perang Arrow, ramai rakyat China mula berhijrah ke seberang laut, terutamanya ke Asia Tenggara.
Penghijrahan rakyat China semakin hebat bila British menjalankan perdagangan kuli bagi memenuhi keperluan tenaga buruh di Asia Tenggara.
Tambahan pula, Kerajaan China juga tidak menyekat penghijrahan rakyatnya ke seberang laut selepas termeterainya Perjanjian Tientsin dan Perjanjian Peking.
Orang-orang China sanggup berhijrah kerana mereka telah hilang keyakinan terhadap Kerajaan Manchu serta untuk melarikan diri daripada penderitaan di China.