Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Faktor-faktor Perang Candu Kedua - Coggle Diagram
Faktor-faktor Perang Candu Kedua
Kelemahan Perjanjian
Nanking
Ahli-ahli sejarah seperti Fairbank, Paul H. Clyde dan Burton F. Beers mendakwa kelemahan Perjanjian Nanking merupakan faktor utama meletuskan peperangan yang kedua antara China dengan British pada 1856-1860.
Keengganan China untuk mematuhi syarat-syarat Perjanjian Nanking dan tindakan British untuk memaksa China mematuhinya serta menuntut keistimewaan-keistimewaan tambahan telah meruncingkan hubungan antara China dan British.
Masalah Amoy dan
Ningpo
Mengikut Perjanjian Nanking 1842, China membuka 5 pelabuhannya kepada pedagang asing iaitu Canton, Amoy, Foochow, Ningpo dan Shanghai.
Walau bagaimanapun, selepas perjanjian tersebut ditandatangani, British mendapati Amoy dan Ningpo tidak sesuai dari segi perdagangan.
Oleh itu, mereka telah mendesak China menukar pelabuhan-pelabuhan tersebut dengan pelabuhan-pelabuhan lain yang lebih sesuai.
Selain itu, British berhasrat untuk mengembangkan kegiatan perdagangan ke seluruh China.
Mereka tidak mahu kegiatan perdagangan hanya tertumpu di 5 pelabuhan perjanjian. Oleh itu, mereka telah mendesak China membuka lebih banyak pelabuhan kepada pedagang asing.
Kehendak British tidak dipersetujui oleh China kerana mereka menganggap negeri China telah memberi terlalu banyak keistimewaan kepada kuasa-kuasa barat.
Keengganan China untuk memenuhi kehendak British dan tindakan British untuk memaksa China memenuhi tuntutan mereka sudah tentu meruncingkan hubungan antara China dan British.
Masalah Canton dan
Foochow
Mengikut Perjanjian Nanking, pedagang-pedagang asing diberi kebebasan berdagang di kesemua 5 pelabuhan perjanjian.
Walau bagaimanapun, pedagang-pedagang asing masih lagi dikenakan sekatan-sekatan dan tekanan-tekanan terutamanya di Canton dan Foochow.
Keadaan ini berlaku kerana sikap anti asing penduduk tempatan lebih-lebih lagi kerana mereka dipengaruhi oleh pegawai-pegawai sarjana yang merasai kepentingan mereka terjejas akibat kehadiran barat.
Selain itu, Maharaja China yang baru menaiki takhta pada 1850 iaitu Hsien Feng dan Pesuruhjaya Tinggi China yang baru dilantik pada 1852 iaitu Yeh Ming Chen juga bersikap anti asing.
Penduduk-penduduk tempatan telah memulaukan barang-barang barat. Selain itu, berlaku di Canton pada 1843 dan 1846 iaitu John Davies telah mengarahkan kapal perang British membedil Canton.
Sebagai tindak balas, pihak China telah membunuh 6 orang rakyat British. Peristiwa ini sudah tentu meruncingkan hubungan antara China dengan British.
Krisis Ekonomi
China terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menghadapi peperangan serta bayaran ganti rugi.
Kemasukan barang-barang barat telah menjejaskan pasaran barang-barang tempatan.
Akibatnya banyak industri tempatan terpaksa ditutup.
Kemasukan candu meruncingkan lagi masalah ekonomi negeri China.
Bagi mengatasi masalah ekonomi, China telah merayu supaya British mengurangkan ganti rugi. Keengganan British telah menjejaskan hubungan antara mereka