Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Sistem pembesar di Negeri-negeri Melayu - Coggle Diagram
Sistem pembesar di Negeri-negeri Melayu
Konsep pembesar
Golongan yang sangat penting dan berpengaruh dari segi politik, ekonomi dan sosial dalam masyarakat Melayu tradisional.
Terdiri daripada keturunan berdarah raja yang tidak berpeluang untuk menaiki takhta sebagai raja.
Golongan bangsawan juga rakyat biasa yang mempunyai kebolehan luar biasa atau yang telah berjasa kepada sultan.
Sistem pembesar Melayu tradisional berasaskan kepada sistem pembesar Kesultanan Melayu Melaka.
Golongan pembesar menduduki lapisan kedua dalam hierarki sosial masyarakat Melayu iaitu selepas sultan atau raja.
Jawatan Pembesar
Melalui taraf tersedia
Sesuatu jawatan pembesar itu diperoleh secara warisan.
Taraf tersedia ini lazimnya dinikmati oleh golongan pembesar yang terdiri daripada kerabat diraja yang tidak berpeluang untuk menaiki takhta sebagai raja.
Namun begitu, berlaku juga kes dimana jika Sultan yang memerintah itu kuat dan berpengaruh atau zuriat pembesar yang meninggal dunia itu lemah, pewarisan jawatan tidak berlaku.
Sebaliknya Sultan berhak memilih dan melantik pembesar lain untuk mengisi jawatan tersebut. .
Melalui taraf capaian
Seseorang itu dilantik ke jawatan pembesar kerana jasa, kehebatan dan ketokohan yang dimiliki oleh seseorang itu.
Contohnya Dato' Bahaman yang dilantik menjadi Orang Kaya Semantan kerana jasanya dalam peperangan mempertahankan Sultan Pahang.
Melalui taraf capaian ini, ia sekaligus membuktikan bahawa terdapat mobiliti sosial dalam masyarakat Melayu tradisional walaupun ianya dikatakan amat jarang berlaku.
Jenis Pembesar
Pembesar Istana
Golongan pembesar yang terlibat
dalam hal ehwal pentadbiran di peringkat pusat.
Menjalankan tugas seperti
menjalankan istiadat menjunjung duli, menasihati sultan dan menyelaraskan semua upacara istiadat di dalam istana.
Pembesar Luar Istana
Golongan pembesar yang terlibat dalam mentadbir sesuatu kawasan tertentu seperti wilayah jajahan, daerah atau kampung.
Pembesar di luar istana ini menjadi perantaraan antara raja dengan rakyat jelata .
Seseorang pembesar berkuasa untuk memerintah dan memungut cukai di daerah tersebut yang digelar sebagai kawasan pegangan.
Pembesar yang dilantik tidak dibayar gaji oleh sultan sebaliknya mendapat pendapatan melalui hasil cukai yang dikutipnya.
Kekuatan seseorang pembesar itu diukur mengikut jumlah pengikutnya, harta kekayaannya dan status kedudukan sosialnya.
Pembesar yang paling rendah di peringkat kampung ialah Penghulu atau Ketua Kampung yang akan bertanggungjawab menguruskan segala perkara seperti pergaduhan, kecurian, kelahiran, kematian dan sebagainya.