Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Faktor-faktor yang menyebabkan tercetus Perang Candu Pertama (1839-1842)…
Faktor-faktor yang menyebabkan tercetus Perang Candu Pertama (1839-1842) di negara China
Konsep Perdagangan
Yang Bertentangan
Kerajaan China dan negara negara barat mengamalkan konsep perdagangan yang bertentangan.
Kerajaan China tidak berminat untuk mengadakan hubungan perdagangan dengan negara-negara Barat.
Tambahan pula, masyarakat Cina menganggap aktiviti perdagangan sebagai kegiatan yang hina
Sebaliknya, negara-negara Barat berminat untuk menjalinkan hubungan perdagangan dengan China.
Terdapat permintaan yang tinggi untuk barangan di China seperti
teh
dan
sutera
di Britain
Negara-negara barat berlumba-lumba untuk mendapatkan bekalan bahan mentah ekoran kemunculan Revolusi Perindustrian
Sekatan Pedagang
Asing
• Pada tahun 1757, Maharaja Chien Lung mengeluarkan perintah bahawa pedagang-pedagang asing hanya dibenarkan berdagang di pelabuhan Canton.
• Pedagang- pedagang asing tidak dibenarkan membawa anggota keluarga mereka ke pelabuhan Canton.
• Setelah selesai menjalankan urusan perniagaan di Canton, mereka dikehendaki kembali ke Macau.
• Pedagang-pedagang asing dibenarkan untuk menjalankan urusan perdagangan melalui kesatuan saudagar China yang di kenali sebagai Co-hong.
• Tindakan kerajaan China mengenakan cukai-cukai yang tinggi menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pedagang-pedagang asing.
Pertentangan Hubungan
Antarabangsa
China menganggap dirinya sebagai ‘Chung Kao’ atau pusat dunia yang bertamadun. Maharaja China menganggap dirinya sebagai anak syurga dan pemerintah sejagat.
Orang Cina menganggap orang Barat sebagai orang gasar yang tidak bertamadun.
Negara China menganggap negara-negara Barat bertaraf rendah dan tidak mahu menjalinkan hubungan diplomatik atas dasar persamaan taraf.
Semua duta Barat sebagai pembawa ufti yang harus kowtow, iaitu melutut tanda hormat di hadapan Maharaja.
British menghantar utusan yang diketuai oleh George Macartney (1793) dan Lord Amherst (1816) ke Peking untuk menuntut perwakilan dan syarat-syarat perdagangan yang liberal menemui kegagalan.
Pertentangan
Undang-Undang
Konsep undang-undang China, seseorang itu dianggap bersalah sehingga ia membuktikan bahawa ia tidak bersalah.
Konsep undang-undang Barat pula menekankan bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga kesalahannya dapat dibuktikan.
Pertentangan konsep undang-undang China dan Barat menyebabkan hubungan China dan British menjadi bertambah buruk.
Kemasukan Candu
Orang Inggeris membawa masuk bekalan candu ke China.
Orang Inggeris menjual candu bagi mengimbangkan perdagangan teh dengan China.
Antara tahun 1821 hingga 1839, jumlah candu yang diimport telah meningkat kepada 4244 buah peti kepada 40 200 buah peti. Perkembangan ini telah mengakibatkan imbangan perdagangan yang tidak menguntungkan China.
Pengimportan candu menyebabkan pengaliran keluar wang perak yang telah menjejaskan kesihatan dan menimbulkan masalah sosial dalam kalangan penduduk China.