Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Sistem pemerintahan di asia tenggara - Coggle Diagram
Sistem pemerintahan di asia tenggara
Konsep
sistem beraja merujuk kepada hentuk kerajaan yang wujud di sesebuah negara. Pemerintah di sesetengah negara menggunakan gelaran yang berbeza.
Pemerintah Vietnam menggunakan gelaran Maharaja manakala pemerintahan Thailand menggunakan gelaran Raja. Melalui sistem tersebut, raja atau maharaja bertindak sebagai kata pemerintah tertinggi dalam negara, menguasai ekonomi negara menggubal undang-undang, mengetuai angkatan tentera, dan menjadi ketua agama.
Raja atau maharaja menjadi golongan yang menduduki lapisan teratas dalam susua lapis masyarakat.
vietnam
konsep
Sistem maharaja di Vietnam agak sama dengan sistem maharaja yang diamalkan di Tanah Besar China. Ini disebabkan kedudukan Vietnam yang berdekatan dengan China.
Antara tahun 111 S.M. - 939 Masihi, Vietnam berada di bawah pemerintahan langsung China. Maka secara tidak langsung, Vietnam menerima dan mengamalkan kebudayaan, falsafah, dan ciri-ciri sosiapolitik China. Vietnam akan menghantar utusan ke Peking apabila berlaku pertukaran pemerintahan.
Berbanding dengan pemerintah di Thailand, pemerintah Vietnam menggunakan gelaran Maharaja.
Sebagai contoh, pemerintah dari keluarga Nguyen diiktiraf oleh Peking sebagai maharaja. Maharaja-maharaja Nguyen daripada Maharaja Gia Long sehingga Maharaja Thien-Tri menerima mohor pelantikan daripada wakil Peking yang berada di Hanoi.
Hubungan Vietnam-China berterusan sehingga kepada permohonan bantuan dan perlindungan. Pada tahun 1882, Maharaja Tu Duc menghantar utusan diraja ke Peking memohon bantuan apabila menghadapi masalah pencerobohan Perancis.
peranan
politik
Politik den pentadbiran raja memperlihatkan ciri rokrasi pusat yang kukuh.
Maharaja berada di puncak pentadbiran dan menjadi tanggjwb setiap maharaja dari Dinasti Nguyen untuk mengekalkn sistem politik model China dan menentang perubahan. Mempunyai kuasa mutlak dalam semua aspek pentadbiran dan pemerintahan. Hanya maharaja sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman bunuh. Mentadbir dengan bantuan pembesar di peringkat pusat, daerah dankampung. Selaras dengan model China, maharaja dianggap sebagai thein-tu (anak tuhan/syurga), iaitu wakil tuhan yang diberi mandat untuk memerintah.
Menjadi pengerusi Mailis Tertinggi yang dianggotai oleh enam orang menteri kanan. Tugas majlis ini adalah untuk memberi pandangan kepada berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran
Bertindak sebagai ketua kerajaan dalam sistem birokrasi dan dibantu oleh enam kementerian yang diketuai oleh golongan Mandarin.
ekonomi
Menguasai semua bidang ekonomi, iaitu kegiatan pertanian, tanah, hasi cukai negara, kegiatan perdagangan, dan perlombongan. Berhak menentukan sistem sukatan, ukuran, dan timbangan.
sosial
Mengetuai adat resam dan adat istiadat dalam masyarakat.
Menjadi pemimpin agama Buddha dan penaung kepada golongan sangha Buddha.
Menduduki hierarki teratas dalam susun lapis masyarakat
Menentukan kehidupan rakyat berada dalam keadaan tenteram dan aman selaras dengan konsep mandat dari syurga.
Memainkan peranan selaras dengan kepercayaan umum dalam kalangan masyarakat bahawa maharaja merupakan punca ilmu dan kemakmuran ekonomi serta menjadi bapa kepada rakyat.
di thailand
Konsep
Di Thailand, raja berkuasa menjatuhkan hukuman bunuh. raja-raja Thailand menggunakan gelaran Chao Phaedin (Yam Tuan Tanah) dan Chao Chiwit (Yam Tuan Nyawa)
Raja dianggap suci dan memerintah berdasarkan konsep dharma-raja dan perlu menghayati serta melakukan perlakuan yang baik supaya dicontohi rakyat.
Rata-rata Chakri memegang konsep raja berasaskan ajaran agama buddha Theravada.
Konsep dharma-raja menjadi asas ikatan antara raja dengan rakyat yang memegang kepada konsep tersebut dapat memerintah dengan berkesan serta berjaya mengekalkan keamanan di istana.
Raja-raja Thailand berasal dari Dinasti Chakri yang menggunakan gelaran Rama.
peranan
ekonomi
raja menguasai segala hasil negara sprti pungutan cukai, hasil pertanian,hasil bumi,perdagangan,& lain-lain. raja dibantu pembesar di peringkat pusat & daerah.
Pembesar menjadi orang perantaraan antara raja dgn rakyat untuk menjalankan kegiatan ekonomi raja.
berkuasa terhadap semua tanah kerajaan & menganugerahkantanah kpda kerabat diraja untuk ditadbir.
raja Thailand menjalinkn hubungan baik dengan kawasan pengeluaran ekonomi di kawasan pendalaman untuk menjamin ekonomi berterusan
sosial
raja dianggap sebagal pelindung dan bertanggungjawab terhadap perkembangan keagamaan dan kesusasteraan negara
raja bertanggungjawab mengekalkan adat resam tempatan seperti adat tidak boleh melihat wajah raja, adat meniarap, adat menyimpan hamba dll
Raja memainkan peranan penting dalam agama Buddha, menjadi penaung agama Buddha, dan rakyat menganggap raja sebagai penjelmaan dewa
politik
raja tinggal di tempat suci yg dpilih khas. istana dianggap sebagai pusat kerajaan, lambang pusat alam atau orde kosmos, dan tempat tuhan.
berkuasa melantik pembesar- pembesardiperingkat pusat. terdiri daripada golongan kerabat diraja yg dikenali sebagai Chao.
raja mengetuai pemerintahan kerajaan, berkuasa mutlak, menjadi ketua kehakiman, perundangan, dan ketenteraan serta menentukan dasar luar negara.
raja mempunyai keistimewaan tertentu seperti menjatuhkan hukuman mati, mengampunkan pesalah, dan lain-lain. raja berkuasa putuskan hukuman hidup / mati, ampunkan pesalah & lain-lain