Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERANAN RAJA (THAILAND) - Coggle Diagram
PERANAN RAJA (THAILAND)
POLITIK
- Kuasa tertinggi dalam pemerintahan negara Thailand terletak di tangan raja
- Raja mempunyai pengaruh yang besar dalam semua
aspek pemerintahan, ekonomi dan sosial
- Raja bertanggungjawab penuh ke atas keamanan. komakrnuran dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya
-
b) Raja menduduki hierarki tertinggi dalam pernerintahan.
Oleh itu, berkuasa melantik golongan pernbesar bagi membantu baginda menguruskan hat pentadbiran dan pemerintahan
c) Sebagai contoh :raja melantik putera- putera raja dan gplongan bangsawan sebagai penasihat rasmi kepada baginda dalam bidang pentadbiran dan hal ehwal dalam negeri
(d) Raja Thailand bertanggungjawab memelihara perpaduan dalarn kalangan rakyat, melindungi rakyatnya daripada penindasan serta mengekalkan keamanan negara.
(e) Pada masa yang sama. raja juga menjana pentadbiran dengan sempurna berbekalkan kebijaksanaan dan pengalaman yang dimiliki
(f) Raja juga berperanan sebagai ketua hakim. Sehubungan itu, raja Thai bertanggungjawab menggubat undang-undang Titah raja menjadi undang-undang yang perlu dipatuhi.
(g) raja juga berkuasa menjatuhkan hukuman ke atas semua pesalah sama ada kecil atau besar sesuatu kesalahan tersebut
SOSIAL
- raja juga merupakan simbol perpaduan dalam kalangan masyarakat tempatan
- Rakyat akan memberi sepenuh taat setia kpd raja yang memerintah selagi raja dapat memerintah secara adil dan berkesan serta mengutamakan kepentingan seluruh rakyatnya
- bersesuaian dengan konsep dharmaraja yang menganggap
raja sebagai Tuhan Kehidupan
- Sehubungan itu, raja Thai diberi pelbagai gelaran seperti Chao Chiwit (Yam Tuan Nyawa) dan Chao Phaendin (Yam Tuan Tanah) yang berkuasa ke atas hidup dan mati rakyatnya
- Raja juga bertindak sebagai pelindung kepada seluruh rakyatnya daripada sebarang bentuk penganiayaan.
- Raja adalah penaung segala upacara keagamaan, pembinaan kuil atau pagod
- Raja juga bertanggungjawab mengekalkan adat resam tempatan seperti adat-istiadat menyembah raja dan upacara meminum air ketaatan sebagai lambang kesetiaan rakyat
- Sebagai contoh, Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn pernah berkhidmat sebagai sami Buddha sebelum dilantik sebagai pemerintah Thailand
- Pemerintah Thai mempunyai peranan dan tanggungjawab ke atas perkembangan dan penaung agama Buddha.
EKONOMI
- Raja Thailand menguasai semua hasil ekonomi negeri.
- Raja bertanggungjawab memaju dan memakmurkan ekonomi negara Thai
- Raja berkuasa menguasai sumber ekonomi negeri seperti pungutan cukai, hasil portanian, hasil bumi, kegiatan perdagangan, barangan, kepakaran dan Iain-Iain
- Sebagai contoh : raja Thai berkuasa ke atas hasil pembalakan dan beras serta basil pungutan cukai perdagangan di negaranya
- Pada masa pemerintahan Rama Ill, baginda telah berusaha
mendapatkan hasil dagangan dari negara luar dengan menguasai negeri-negeri Melayu.
- Negara Thai turut menerima ufti dari negeri - negeri tersebut sebagai buktl pertuanan
- Bagi mengurus ekonorni dengan lancar dan berkesan, raja berkuasa melantik golongan pembesar sebagai pegawai untuk menguruskan semua kegiatan ekonomi bagi pihak baginda.
- Pada masa yang sama, raja juga bertanggungjawab menentukan dasar ekonomi negara dengan menentukan bentuk hubungan diplomatik untuk kepentingan perdagangannya.
- Sebagai contoh, semasa pemerintahan Rama I (1782 — 1809), Rama II (1809 — 1824) dan Rama Ill (1824 — 1851 baginda melaksanakan hubungan diplomatik secara tertutup dengan kuasa asing yang lebih dikenali sebagai Dasar Tutup Pintu.
- Berbeza semasa pemerintahan Rama IV iaitu Raja Mongkut (1851 — 1868) dan Rama V iaitu Raja Chulalongkorn (1868 1910) yang melaksanakan Dasar Buka Pintu atau hubungan diplomatik secara terbuka dengan kuasa asing dalam menjalinkan hubungan perdagangan bagi memajukan ekonomi negara Thailand.
- raja Thai juga berkuasa mutlak ke atas nyawa,
tanah dan harta yang dimiliki oleh rakyatnya