Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KONSEP RAJA ( THAILAND ) - Coggle Diagram
KONSEP RAJA ( THAILAND )
-sistem beraja yang diamatkan adalah
bedandaskan ajaran agama Hindu dan Buddha.
-Sistem beraja di Thailand merupakan kesinambungan dinasti terdahulu sebelum Dinasti Chakri seperti Dinasti Sukhotai (1238
1350) dan Dinasti Ayudhya (1350 1750).
-Dinasti Chakri diasaskan oleh Chao Phraya Chakri (Mahakasatsak) atau Rama Thibodi yang lebih dikenali sebagai Rama 1 pada tahun
1782
-Pemerintah Dinasti Chakri menggunakan gelaran raja.
-Raja menduduki hierarki teratas dalam masyarakat feudal. Raja-raja Thai mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan. pemimpin yang paling berkuasa dan menjadi perantara di antara rakyat dengan tuhan. Raja merupakan pemimpin kerajaan dan berkuasa mutlak dalam
pemerintahan. Justeru itu kuasa mutlak raja tidak boleh dipersoalkan oleh rakyat jelata
Raja memperolehi kepercayaan dan taat setia daripada rakyat dengan memaatuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
- Sebagai bukti kesetiaan tiada rakyat yang boleh menentang raja.
- Individu yang cuba melawan atau memberontak maharaja akan dianggap menderhaka kepada maharaja
- Hal ini rnerupakan satu kesalahan besar yang boleh individu tersebut dimurkai oleh raja.
- Kamurkaan raja dianggap sebagai kemurkaan tuhan.
- Individu yang melakukan kesajahan ini bukan sahaja dimurniakan oleh raja malah akan menerima pembalasan dalam bentuk sumpahan daripada raja dengan mendapat kecelakaan
-
Di Thailand, raja dianggap sebagai individu yang berbeza dengan manusia biasa.
- Raja Thailand dikaitkan dengan unsur kesucian dan pengamal agama Buddha Theravada. Hal ini kerana raja dianggap sebagai keramat dan memiliki kesaktian
- Rakyat mempercayai bahawa kedudukan raja yang suci akan membantu mereka mendapatkan kebahagiaan di dunia dan seterusnya. Hidup mati seseorang rakyat adalah bergantung kepada keputusan raja.
- Raja-raja Thailand menggunakan gelaran Chao Phaendin (Yam Tuan Tanah) dan Chao Chiwjt (Yam Tuan Nyawa). Hal ini bermakna. raja-raja Thai berkuasa mutlak ke atas semua tanah dan nyawa rakyat Thailand.
- Walau bagaimanapun kuasa mutlak raja-raja Thai dikurangkan oleh agama Buddha, Hal ini bertujuan supaya raja tidak bertindak sewenang wenangnya dan tidak terlalu kejam
-
Golongan Brahmin brfungsi sbgi penasihat kpd raja dalam hal keagamaan. Raja Thailand mmpunyai kuasa memerintah berdasarkan konsep dharmaraja
- Raja mempunyai kuasa 'separuh tuhan', dianggap berketurunan dewa dan mempunyai darah putih.
- Istana raja dianggap sebagai tempat suci serta menjadi lambang order kosmos.
- Istana merupakan pusat kerajaan dan tempat tuhan.
- Konsep dharmaraja merupakan asas ikatan antara raja dengan rakyat.
- Raja perlu memerintah mengikut jalan yang betul, bertindak adil dan benar supaya menjadi ikutan kepada rakyatnya.
- Raja yang adil akan mendapat sokongan rakyatnya. Raja perlu melakukan perbuatan yang baik agar mereka yang mendampingi baginda akan berada pd jalan yang benar dan melakukan kebaikan.
- Hanya raja yang memerintah berdasarkan konsep dharmaraja dianggap pemerintah yang suci dan berdaulat.
Di Thailand, gajah putih sangat penting kpd raja kerana dianggap sebagai binatang suci
- Gajah putih merupakan binatang kebesaran dan harta raja.
- Gajah putih mempunyai sifat kedaulatan sejagat serta simbol pengiktirafan kuasa raja oleh kuasa mistik yang dipercayai terdapat pada gajah putih.
- Rakyat dilarang menggunakan gajah putih. Sebaliknya, raja kebiasaannya memberikan hadiah kpd individu yg dapat menangkap gajah putih dan dipersembahkan kpd raja.
- Di Thailand, trdapat jabatan khas yg bertanggungjawab menangkap dan melatih gajah untuk dipersembahkan kpd raja.