Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Program Pendidikan Inklusif Bagi Murid-Murid Berkeperluan Khas di…
Program Pendidikan Inklusif Bagi
Murid-Murid Berkeperluan Khas di Malaysia
DEFINISI
Suatu penyertaan yang merangkumi bukan sahaja murid tipikal tetapi juga murid berkeperluan khas dalam sesuatu komuniti sekolah.
JENIS PROGRAM INKLUSIF
Inklusif Penuh
Murid berkeperluan khas yang terpilih akan mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa.
Senarai nama murid akan kekal dalam pendaftaran kelas khas.
Murid pendidikan khas dalam kategori inklusif penuh
ini akan diberi peluang untuk mengambil peperiksaan awam.
Inklusif Separa
Murid berkeperluan khas yang terpilih akan mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja.
Ujian mata pelajaran terlibat sama dengan murid biasa terutamanya pada subjek yang diinklusifkan.
KEPENTINGAN
Untuk memberikan peluang pendidikan yang sama rata dan pemberian akses pendidikan yang maksimum kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang kaum, bangsa mahupun agama
Merangkumi keperluan kesamarataan hak asasi, ke[erluan pendidikan berkualiti dan keperluan sosial seseorang kanak-kanak khas tersebut.
Memberi peluang kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menimba ilmu pengetahuan bersama-sama dengan rakan tipikal yang lain.
Melatih kemahiran komunikasi dua hala di mana murid berkeperluan khas akan cuba berinteraksi bersama rakan-rakan tipikal.
Membina hubungan yang baik dengan murid tipikal menerusi aktiviti-aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan interaksi serta kerjasama antara mereka bersama-sama murid tipikal yang lain.
ISU-ISU PENDIDIKAN INKLUSIF
sikap seseorang guru di aliran perdana tidak dapat menerima murid-murid berkeperluan khas di dalam kelas mereka. Bagi guru-guru ini, mereka mempunyai sikap dan andaian bahawa golongan murid berkeperluan khas ini sukar dididik (Bee Fong dan Zalizan, 2009).
kebanyakan guru di aliran perdana masih lagi kurang
memahami konsep sebenar pendidikan inklusif (Mazlinah, 2009).
kekurangan ilmu di kalangan guru di aliran perdana untuk mengajar murid berkeperluan khas ini di dalam kelas inklusif (Latifah dan Kamariah, 2011).
tempat duduk untuk murid-murid berkeperluan khas yang jauh di belakang di dalam kelas inklusif juga akan menyebabkan mereka tidak dapat belajar secara optimum di dalam kelas.
PERANAN PELBAGAI PIHAK DALAM PENDIDIKAN INKLUSIF
SEKOLAH
Membuat perancangan yang rapi sebelum
melaksanakan Program Pendidikan Inklusif di sekolah masing-masing.
Pihak sekolah juga perlu memaklumkan kepada ibu bapa murid mengenai pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif
GURU
Pengubahsuaian amalan pengajaran guru terutama bagi guru yang terlibat dengan program inklusif perlulah mengikut keupayaan dan kemahiran murid berkeperluan khas (Mazlinah, 2009).
mencari peluang untuk mengikuti kursus dalam perkhidmatan atau seumpamanya dalam bidang Pendidikan Khas.
RAKAN SEBAYA
strategi pembelajaran secara kooperatif atau kerja berkumpulan
boleh diaplikasikan dalam kelas.
Murid-murid tipikal juga
berperanan sebagai agen perubahan dalam komuniti sekolah.