Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bentuk-bentuk perniagaan lain - Coggle Diagram
Bentuk-bentuk perniagaan lain
Usaha sama
Maksud:Satu perkongsian strategik antara dua atau lebih individu atau syarikat dan mereka bersetuju untuk bekerjasama mengeluarkan barang atau perkhidmatan dalam jangka masa yang tertentu
Tujuan
Meningkatkan kedudukan syarikat
Perkongsian kepakaran
Menambahkan keuntungan perniagaan pemilik
Apabila sesuatu usaha sama dalam berjaya atau tercapai objektifnya, syarikat usaha sama selalunya akan dibubarkan.
Kedua-dua syarikat juga dapat meningkatkan dana perniagaan dan seterusnya meningkatkan keuntungan
Kelebihan
Membantu perniagaan untuk memperluas asas perniagaan
Dapat meningkatkan dana kewangan dan tenaga kerja untuk menjalankan sesuatu projek
Meningkatkan pengeluaran kerana pasaran adalah lebih besar
Mendapat teknologi baharu dan terkini dengan berkerjasama dalam pengeluaran
Mudah untuk mendapatkan bahan mentah dan sumber-sumber lain daripada syarikat usaha sama
Harta individu, aset serta pegangan dalam syarikat asal dikekalkan
Risiko dalam perniagaan dapat dikongsi kerana risiko ditanggung oleh kedua-dua buah syarikat
Kekurangan
Visi dan misi yang berbeza antara pihak yang bergabung menyebabkan berlakunya konflik
Perbezaan budaya dan cara pengurusan yang berbeza dalam menjalankan sesebuah perniagaan boleh membawa masalah kepada pengurusan pada masa hadapan