Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bentuk-bentuk perniagaan lain - Coggle Diagram
Bentuk-bentuk perniagaan lain
Francais
a) Ciri Umum Francais Mengikut Akta Francais 1998
Mengikut sistem yang telah ditetapkan oleh francaisor
Perniagaan dijalankan mengikut tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian
Francaisi berhak untuk menggunakan cap atau rahsia dagangan milik francaisor
Francaisor mengenakan kawalan berterusan kepada francaisi
Francaisor bertanggungjawab untuk memberikan bantuan kepada francaisi
Francaisi akan membuat sesuatu bayaran dalam bentuk fi atau bentuk balasan lain yang dipersetujui kepada francaisor
Francaisor dan francaisi boleh menjalankan aktiviti perniagaan secara bersaingan
Bentuk perniagaan yang berpotensi besar menyumbang kepada kepesatan pertumbuhan ekonomi negara
Hubungan antara dua pihak dari segi perjanjian urusniaga antara francaisor dan francaisi
b)Francaisor
Syarikat induk yang memiliki hak asal atas jenama produk
Peranan
Memberikan hak untuk menggunakan imej, jenama,sistem operasi dan format perniagaan kepada francaisi
Mempunyai tanggungjawab dan kewajipan untuk menyediakan "blueprint" atau petunjuk pelaksanaan bentuk perniagaan sebagai panduan dan rujukan kepada francaisi
Menyediakan khidmat latihan
Membiayai kos pengiklanan francaisi dengan menjalankan aktiviti promosi bersepadu
Memberikan bantuan dalam bentuk ramuan khas serta alatan dan perkakas
Kelebihan
Mengembangkan perniagaan secara global
Menikmati ekonomi bidangan
Mekanisma yang berkesan bagi menembusi pasaran baharu
Berkongsi risiko dan tanggungjawab dengan francaisi
Struktur pengurusan tidak begitu besar - pengurusan alat francaisi dilakukan oleh francaisi sendiri
Kekurangan
Boleh menjejaskan reputasi francaisor sekiranya francaisi tidak mematuhi kualiti produk yang ditetapkan
Kesukaran memilih francaisi yang baik dan berdaya saing
Peningkatan dalam ko sokongan operasi untuk francais
Francaisi
Syarikat yang membeli hak kebenaran untuk menggunakan jenama daripada francaisor
Menyediakan modal dalam bentuk dana, sumber manusia dan usaha berterusan untuk memastikan kelangsungan perniagaan.
Peranan
Menjalankan aktiviti perniagaan mengikut peraturan dan sistem piawaian yang ditetapkan oleh francaisor.
Kegagalan mematuhi peraturan ini akan menyebabkan penamatan kontrak oleh francaisor.
Kelebihan
Memiliki dan menjalankan satu perniagaan yang sistematik
Reka bentuk yang seragam
Mendapat sokongan pengurusan daripada francaisor
Risiko kegagalan perniagaan rendah
Jenama terkenal dan jaringan perniagaan yang lebih luas
Tidak perlu banyak pengalaman dalam perniagaan
Kekurangan
Perlu mengawal kualiti barang kerana boleh menjejaskan nama baik francaisor
Terikat dengan perjanjian francais dan bergantung pada francaisor
Tiada inovasi dan insentif sendiri untuk majukan perniagaan