Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
(Suku Iban, Melayu, Bidayuh, Melanau) - Coggle Diagram
Suku Iban
-
Tarian Iban
Tarian Ngajat adalah merupakan identiti utama kaum iban yang menjadi kebanggaan kebudayaan di Sarawak.Keunikan dalam setiap persembahan tarian ngajat inilah menjadikan suku kaum ini terlalu istimewa dan tersendiri.Kebiasaannya,tarian ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam hasil menuai padi sepanjang tahun.
Makanan
Umai merupakan hidangan yang berasaskan ikan mentah dengan campuran beberapa bahan seperti bawang merah, cili, garam dan perahan limau untuk menghasilkan rasa yang enak. Ia juga boleh dihasilkan menggunakan udang ataupun sotong.
Rumah Panjang mempunyai 3 ruang iaitu tanju (serambi atau beranda terbuka), ruai (ruang terbuka) dan bilik. Bahagian di atas bilik dan ruai dipanggil sadau (peran) sebagai tempat tidur anak dara disamping tempat menyimpan bijian dan perkakas.
Melayu
tarian
Tarian zapin merupakan tarian yang terkenal di negeri Johor. perkataan zapin berasal daripada Al-zaffan iaitu gerak kaki.
makanan
nasi lemak yang terdiri daripada nasi yang bersantan,sambal,ikan bilis dan kacang.Nasi lemak juga boleh dimakan dengan ayam dan telur mata
Baju Baju Melayu ialah pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki Melayu. Baju Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu baju (kemeja lengan panjang) dan seluar panjang serta dilengkapi dengan samping dan songkok. Baju Melayu terdapat dua jenis garisan leher iaitu teluk belanga dan cekak musang. Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutama sekali untuk bersembahyang, ke pejabat, majlis formal, dan sebagai pakaian adat. Baju Melayu juga merupakan pakaian rasmi Malaysia.
Bentuk seni bina tradisional, seperti bumbung bersesuaian iklim tropika dan bahagian harmoni dengan unsur-unsur hiasan dianggap oleh tradisionalis masih mempunyai kaitan.
Bidayuh
pakain
Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban. Sirat adalah sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput turut dikarangkan sebagai hiasan di bahagian itu.
Umumnya muzik tradisional masyarakat Bidayuh terdiri daripada sepasang gong besar terbahagi daripada dua iaitu Oguong dan Kitaak, canang, Gendang atau Pedabat dan Tawak (sejenis gong kecil). Terdapat juga alat muzik tradisional yang lain seperti serunai/seruling dan gitar buluh. Namun alat muzik seumpama ini amat kurang dimainkan kerana proses pembuatannya yang agak rumit.
Asam siok ini merupakan beras yang dimasak bersama ayam dan menggunakan buluh sebagai salah satu bahan utama. Ia merupakan antara makanan tradisi makanan Bidayuh yang begitu terkenal.
Kebiasaannya atap rumah panjang kaum Bidayuh diperbuat daripada atap rumbia atau sagu manakala dindingnya pula diperbuat daripada buluh. Pelantar atau lantai rumah panjangnya pula diperbuat daripada papan atau buluh dan struktur tiangnya diperbuat daripada jenis kayu yang tahan lama iaitu kayu belian.
Melanau
pakaian
Pakaian lelaki Melanau daripada satin berwarna gelap dipadankan dengan kain songket bunga tabur dan pakaian kepala sengkulon dari Jawa. Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul.
tarian
Tarian masyarakat melanau amat berlainan dengan masyarakat lain di Malaysia. Kebanyakan tarian masyarakat melanau bersifat pemujaan. Mungkin diadaptasi dari tradisi “pebayoh” bagi memuja ipok untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.
makanan
Sagu adalah makanan utama masyarakat Melanau pada masa dahulu. Sagu merupakan pengganti kepada nasi untuk sesuatu hidangan bagi mereka. Terdapat beberapa jenis sagu seperti sagu Mukah, sagu Medong dan sagu tupek.