Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 3 : ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK (ANIS SYUHAIDAH BINTI AMAT 2019871566) -…
BAB 3 : ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK
(ANIS SYUHAIDAH BINTI AMAT 2019871566)
3.1 Pembentukan Negara Islam Madinah : Pelbagai kaum disatukan melalui perlembagaan negara
Surah al-Hujarat ayat 12-13
"Wahai orang beriman! Juhilah kebanyakkan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang."
"Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti."
Surah al-Rum, ayat 22
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berpengetahuan."
Semua kaum disatukan melalui Perlembagaan Negara iaitu Sahifah Madinah
Kaum tersebut ialah kaum Arab (Muhajirin, 'Aus dan Khazraj), kaum Yahudi (Bani Qurayzah dan Bani Qainuqa') dan kaum Kristian (Najran)
3.2 Mekah dan Madinah dikenali sebagai 2 Tanah Haram pada ketika ini (Al-Haramain)
Dijadikan sebagai tempat pengkhususan untuk rumah ibadat orang Islam
Masyarakat boleh hidup secara majmuk dan harmoni ditempat lain.
Andalusia dan Cordova di Turki yang pernah diperintah oleh Turki Uthmaniyyah dimana kaum Yahudi dan Kristian boleh hidup bersama.
Dinasti Mughal yang terletak di India pernah terdapat pemerintah Islam dimana terdapat penganut Hindu dan Sikh yang hidup bersama dengan orang Islam.
3.3 Menghina rupa dan warna kulit seseorang adalah dilarang dalam Islam
Nabi SAW telah melarang Abu Dzarr memanggil Bilal sebagai "Anak orang hitam"
Islam adalah ideologi pertama yang menghalang permisahan manusia menerusi warna kulit atau Apartheid
3.4 Nilai kemanusiaan dalam Islam
3.4.1 Al-'ilm : Berilmu
3.4.2 As-syura : Mesyuarat
3.4.3 Al-'adalah : Adil (Berlaku baik)
3.4.4 Al-huriyah : Kebebasan
3.4.5 Al-musawah : Kesaksamaan
3.4.6 Al-mas'uliyyah : Kebertanggungjawaban
3.5 Maqasid Shariah (Tujuan kewujudan hukum syarak)
1) Menjaga agama - menghalang orang Islam daripada keluar daripada agama Islam
2) Menjaga nyawa - halang seseorang daripada mencederakan diri, membunuh diri dan melakukan tindakan yang sama kepada orang lain
3) Memelihara akal - mengharamkan arak dan dadah yang boleh merosakkan akal
4) Menjaga keturunan - mengharamkan zina dengan memberi hukuman sebat kepada penzina bujang dan rejam kepada penzina yang sudah berkahwin
5) Menjaga harta - memberikan hukuman terhadap pencuri dan perompak
3.6 Kepentingan (Maslahah) Manusia (Islam berada pada 2 tempat pertengahan ekstrim)
1) Dharuriyyat - perkara asasi yang diperlukan untuk hidup : nyawa, kesihatan, pakaian, agama, makanan, rumah, kenderaan
2) Hajiyyat - Keperluan : makanan sedap, pakaian cantik, kenderaan yang bagus
3) Tahsiniyyat - Kesempurnaan : rumah mewah, kenderaan mewah, pemakanan kesihatan tambahan